Berita Sukan
Pesta gol di SSI: JDT belasah Kelantan Red Warrior 9-0, rampas takhta Liga Super
ISKANDAR PUTERI, 27 Ogos – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempamerkan dominasi mutlak dalam kancah bola sepak tempatan selepas membantai Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) 9-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Kemenangan bergaya itu menyaksikan skuad Harimau Selatan berjaya merampas takhta Liga Super daripada Selangor FC, selain meneruskan momentum cemerlang selepas menjulang Piala Sumbangsih minggu lalu.
Penyerang import baharu JDT dari Iran, Shahab Zaheditabar menjadi bintang tumpuan perlawanan apabila meledak empat gol (quadrick), bermula dengan gol seawal saat ke-80 sebelum menambah tiga lagi jaringan pada minit ke-36, 50 dan 62.
Dominasi JDT turut disumbangkan oleh gol gol jaringan sendiri pemain KRWFC, Muhammad Mohd. Fauzi (m-40), tandukan Jairo Silva (m-49), binaan gol Eddy Israfilov (m-80) serta dua jaringan tambahan termasuk daripada Arif Aiman bagi melengkapkan malam derita pasukan pelawat.
Anak buah Irfan Bakti nyata tidak mampu menyekat asakan bertali arus tuan rumah sepanjang 90 minit permainan, sekali gus merakamkan kekalahan terbesar KRWFC dalam saingan liga musim ini.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 9:27 am
Tak berhenti walau dah tercicir, atlet wanita buang air besar dalam seluar masa Hyrox
September 9, 2026, 12:27 pm
Basikal atlet 'ironman' Malaysia hilang, kali terakhir nampak di KLIA
September 9, 2026, 10:20 am
Piala FA: JDT ledak 10 gol tendang UM-Damansara keluar saingan
September 9, 2026, 10:14 am
Piala FA: Bumi Perlis saksi Star City mara ke suku akhir
September 9, 2026, 10:11 am
Piala FA: Gol jarak jauh bantu Kelantan City singkir Negeri Sembilan di Paroi
September 9, 2026, 9:57 am
Piala FA: Kuching City belasah KRW, mara ke suku akhir
September 7, 2026, 11:25 am
Selangor bangkit kutip 3 mata ke atas Melaka sebelum wisel penamat ditiupkan
September 7, 2026, 9:49 am
Tunku Mahkota Ismail dinobat Pemain Terbaik JSCPT 2026
September 6, 2026, 9:42 am
Kuching City leburkan rekod tanpa kalah Sabah
September 6, 2026, 9:36 am
