Berita Dunia
Rakaman runtuhan bongkah ais, batu sebelum becana besar melanda sempadan Nepal-China
KATHMANDU 27 OGOS — Kejadian banjir besar yang memusnahkan kawasan di sepanjang sempadan China dan Nepal semalam berpunca daripada runtuhan ais dan batuan secara besar-besaran.
Runtuhan bongkah ais dan tanah runtuh yang jatuh dari ketinggian melebihi satu kilometer di Tibet itu terhempas ke dalam Sungai Lhende Khola, iaitu anak sungai Sungai Bhote Koshi.
Sisa runtuhan berkenaan bertindak seperti empangan buatan di celah gaung yang curam.
Bagaimanapun, takungan air dan lumpur yang semakin meninggi akhirnya merempuh sekatan tersebut, sekali gus melepaskan gelombang air deras yang menghanyutkan Daerah Rasuwa di Nepal dan Wilayah Gyirong di China.
Bencana itu telah mengakibatkan kerosakan teruk pada laluan jalan raya, jambatan, serta stesen penjana kuasa hidroelektrik di kedua-dua belah sempadan.
Pada peringkat awal, pengesan gegaran mencatatkan isyarat yang menyerupai gempa bumi berukuran 4.4 skala Richter berhampiran Kathmandu.
Namun begitu, analisis pakar menerusi laporan BBC News mengesahkan bahawa tiada gempa bumi yang berlaku sebelum kejadian.
Sebaliknya, gegaran seismik setara kekuatan 5.2 itu terhasil daripada impak pergerakan dan pemendapan mendadak runtuhan ais serta tanah berkenaan.
Dari sudut cuaca, data satelit yang dianalisis oleh pakar meteorologi mengesahkan bahawa hujan lebat monsun bukanlah punca kepada banjir itu.
Berita berkaitan
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
