Berita Dunia
Warga emas tolak, tampar budak lepas gaduh dengan cucu
HONG KONG 27 OGOS — Keadaan tenang di sebuah kawasan permainan bertukar kecoh apabila perselisihan faham antara dua kanak-kanak berakhir dengan pertengkaran fizikal dan kecederaan yang melibatkan golongan dewasa.
Insiden berkenaan dipercayai berpunca daripada tindakan dua kanak-kanak, termasuk seorang budak lelaki dan perempuan berusia lima tahun, yang bergaduh serta berebut kemudahan permainan di lokasi tersebut.
Situasi bagaimanapun menjadi tidak terkawal apabila nenek kepada budak lelaki berkenaan, yang berusia 68 tahun, campur tangan dalam perselisihan anak-anak tersebut.
Menurut pihak polis, nenek berkenaan didakwa bertindak kasar dengan menampar serta menolak kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu hingga tercetus pertengkaran.
Melihat kejadian itu, ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan tampil untuk mempertahankan anaknya, sekali gus mencetuskan pertengkaran fizikal yang serius antara kedua-dua belah pihak dewasa.
Kanak-kanak perempuan terbabit dilaporkan mengalami bengkak dan kemerahan pada bahagian kanan wajahnya akibat tamparan tersebut.
Selain itu, dua orang dewasa yang terlibat dalam pergelutan berkenaan turut mengalami kecederaan dan terpaksa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian telah menahan dua wanita, iaitu nenek kepada budak lelaki serta ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan, bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes keganasan dan pergaduhan di tempat awam.
Berita berkaitan
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:16 am
