Berita Jenayah
Perebutan kawasan dua kongsi gelap punca pergaduhan maut di Alam Megah, 11 ditahan
SHAH ALAM, 27 Ogos – Perebutan kawasan perniagaan antara dua kumpulan kongsi gelap tempatan dipercayai menjadi punca pergaduhan berdarah yang mengorbankan seorang lelaki di Taman Alam Megah, Selasa lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, susulan insiden itu polis menahan 11 lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 30-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Siasatan mendapati pergaduhan membabitkan insiden tetakan serta rempuhan kenderaan jenis Perodua Alza itu tercetus akibat perselisihan antara kumpulan sedia ada dengan sebuah kumpulan baharu yang cuba bertapak di kawasan berkenaan.
"Daripada 11 tangkapan, lima suspek telah direman tujuh hari manakala selebihnya dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman. Tiga lagi individu yang cedera masih menerima rawatan di hospital dan polis sedang mengesan baki suspek yang masih bebas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Dalam perkembangan berasingan, Shazeli mengesahkan tiada bukti kukuh mengaitkan unsur tekanan kerja berhubung kes kematian seorang guru wanita di Hulu Selangor pada 31 Julai lalu, dan kes berkenaan setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Berita berkaitan
September 14, 2026, 5:13 pm
Wanita Malaysia ditahan di Hong Kong cuba seludup putik ganja bernilai RM830,000
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
