Berita Dunia
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
KUALA LUMPUR 27 OGOS - Peristiwa berdarah dan ketegangan agama yang melanda selatan Nepal kini kembali menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat terutamanya selepas bencana alam dan musibah besar menimpa beberapa kawasan di negara berkenaan.
Ramai yang mula mengaitkan bencana tersebut sebagai ujian atau pembalasan atas siri pencerobohan tempat suci serta penghinaan terhadap agama Islam yang berlaku hanya tiga minggu sebelum ini.
Pergolakan itu bermula pada penghujung Julai di daerah Sunsari apabila pertikaian mengenai pembesar suara dan pemasangan bendera keagamaan semasa perarakan Hindu bertukar menjadi rusuhan kaum yang parah.
Kumpulan perusuh menyerbu kawasan penempatan komuniti minoriti Muslim, melakukan pembakaran perniagaan, kediaman, serta premis kenderaan.
Situasi bertambah meruncing apabila masjid bersejarah di Koshi Rural Municipality diceroboh, naskhah al-Quran dibakar secara terbuka dan warga emas Islam diserang di dalam rumah ibadat tersebut.
Ketegangan berlanjutan sehingga merebak ke daerah Siraha dan beberapa wilayah di Madhesh Province.
Beberapa video tular menunjukkan masjid di Golbazar dibakar dan perniagaan milik umat Islam dirompak oleh kumpulan ekstremis.
Kerajaan Nepal terpaksa mengerahkan tentera serta melaksanakan perintah berkurung di pelbagai daerah selepas rusuhan tersebut mengorbankan sekurang-kurangnya tiga nyawa dan mencederakan puluhan yang lain.
Namun, belum sempat debu rusuhan dan duka pencerobohan itu reda, Nepal dilanda bencana banjir besar dan tanah runtuh beberapa minggu kemudian.
Musibah alam itu melumpuhkan pelbagai infrastruktur penting, memusnahkan kawasan penempatan dan mengorbankan ramai nyawa di seluruh negara.
Perdana Menteri Balendra Shah telah memberi jaminan bahawa siasatan bebas dan adil sedang dijalankan bagi mengadili pihak yang bertanggungjawab atas rusuhan agama tersebut.
Berita berkaitan
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 10:38 am
Warga emas tolak, tampar budak lepas gaduh dengan cucu
August 27, 2026, 10:16 am
