Berita Jenayah
Lelaki berkostum Ultraman ditahan berhampiran lokasi sambutan Hari Kebangsaan di Ipoh
IPOH, 31 Ogos – Seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang memakai kostum Ultraman ditahan pihak polis selepas berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2026 peringkat negeri Perak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, awal pagi tadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, tangkapan yang dibuat kira-kira jam 5 pagi itu dilaksanakan sebagai langkah pencegahan awal bagi menjamin keselamatan ribuan pengunjung yang hadir ke majlis berkenaan.
Beliau memaklumkan bahawa lelaki terbabit tidak membuat sebarang gangguan, namun hasil pemeriksaan awal mendapati individu berkenaan mempunyai rekod kesihatan psikiatri dan bakal dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi tindakan lanjut.
Secara keseluruhannya, kawalan keselamatan sepanjang sambutan di hadapan Dewan Bandaran Ipoh itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini menerusi kawalan ketat seramai 525 pegawai serta anggota polis.
Peningkatan kawalan keselamatan dan bilangan anggota pada tahun ini dilakukan bagi mengelakkan berulangnya insiden pada tahun lalu yang menyaksikan seorang wanita ditahan selepas bertindak menceroboh pentas utama serta cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 5:13 pm
Wanita Malaysia ditahan di Hong Kong cuba seludup putik ganja bernilai RM830,000
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
