Berita Jenayah
Pergaduhan bersenjata depan sekolah di Air Itam berpunca salah faham isu hutang
GEORGE TOWN, 1 September – Kejadian pergaduhan bersenjata di hadapan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Air Itam Ahad lalu dipercayai tercetus akibat salah faham berkaitan isu kutipan hutang yang melibatkan kumpulan Geng 04
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim berkata, siasatan mendapati pertikaian tersebut tiada kaitan dengan kegiatan pinjaman wang tidak berlesen, sebaliknya berlaku ketika kumpulan terbabit cuba membantu pihak tertentu mendapatkan semula wang mereka.
Menurut beliau, polis bertindak menahan 13 lelaki tempatan berusia 16 hingga 33 tahun—termasuk tiga remaja—dalam lima serbuan berasingan di sekitar negeri ini bagi membantu siasatan kes pergaduhan bersenjata berkenaan.
Beliau turut mengesahkan dua lelaki yang menderita kecederaan parah akibat ditetak dalam kejadian itu sebenarnya tidak terlibat dengan kumpulan terbabit, sebaliknya diserang selepas disalah anggap sebagai ahli kumpulan lawan kerana memakai pakaian berwarna biru yang serupa.
Kesemua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan senjata serta Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh menggunakan senjata.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 5:13 pm
Wanita Malaysia ditahan di Hong Kong cuba seludup putik ganja bernilai RM830,000
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
