Berita Berita
Hannah Yeoh sah bercerai selepas 18 tahun berumah tangga
KUALA LUMPUR 2 Sept - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilaporkan telah bercerai dengan suaminya, Ramachandran Muniandy, selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.
Perkara itu dinyatakan menerusi laman web rasmi Ahli Parlimen Segambut berkenaan yang turut memaparkan maklumat mengenai kehidupan peribadinya.
Menurut maklumat di laman tersebut, Hannah berkahwin dengan Ramachandran pada 2008, tidak lama sebelum beliau memulakan perjalanan dalam arena politik.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata, Shay dan Kayleigh, yang masing-masing dilahirkan pada 2011 dan 2013.
Maklumat sama turut menyatakan perkahwinan pasangan itu berakhir pada tahun ini selepas 18 tahun bersama.
Untuk rekod, Hannah mula menjadi Ahli Parlimen Segambut selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.
Sebelum itu, beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya selama dua penggal bermula 2008 hingga 2018.
Pada 2013, beliau mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.
Dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Hannah pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2018 hingga 2020.
Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan bagi tempoh 2022 hingga 2025 sebelum mengambil alih portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) pada Disember tahun lalu.
Dalam parti, Hannah kini memegang beberapa jawatan penting dalam DAP termasuk sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Setiausaha Agung serta anggota Jawatankuasa DAP Wanita.
Berita berkaitan
September 15, 2026, 4:01 pm
CCTV disambung terus ke IPK KL, polis cadang KK Mart jadi ‘stesen satelit’ 24 jam
September 15, 2026, 3:41 pm
Kes Jana Wibawa: Pendakwaan tak teruskan kes, Muhyiddin bebas empat pertuduhan RM200 juta
September 15, 2026, 1:47 pm
Empat Rohingya ditahan, disyaki terbabit kes curi dan pecah rumah di Perak
September 15, 2026, 1:33 pm
KPM galak ibu bapa bawa anak jalani saringan awal kesan masalah pembelajaran
September 15, 2026, 1:32 pm
Tiga hari penuh manfaat, Festival Mega i LINDUNG u menanti pengunjung di Strand Mall bermula 18 September
September 15, 2026, 1:17 pm
Mohamad Sabu hantar notis tuntutan kepada pemilik akaun Facebook isu bekalan baja Kedah
September 15, 2026, 1:11 pm
JAIM siasat klip video tular pasangan berpelukan mesra di kedai makan Malim Jaya
September 15, 2026, 1:10 pm
