Berita Jenayah
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
ARAU, 7 September – Polis menahan dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun yang dipercayai meragut dua utas rantai emas bernilai kira-kira RM10,000 milik seorang wanita warga emas di Bumbung Lima.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi memaklumkan bahawa kedua-dua suspek diberkas di sebuah bilik sewa di Jalan Padang Nyu, Kampung Guar Gajah pada jam 4 pagi semalam.
Insiden berkenaan berlaku apabila mangsa yang berusia 83 tahun membuka pintu rumah kerana menyangka bunyi motosikal yang didengarinya ialah penghantar makanan yang ditunggu.
Seorang suspek kemudiannya bertindak merentap dua utas rantai leher yang dipakai mangsa sehingga menyebabkan wanita berkenaan terjatuh terlentang dan tidak mampu menjerit akibat ketakutan.
Mangsa yang mempunyai masalah kesihatan dan penglihatan kurang jelas hanya menghubungi anaknya sejurus kejadian sebelum laporan polis dibuat berhubung insiden terbabit.
Siasatan awal mendapati suspek pertama yang tidak bekerja mengaku meragut rantai berkenaan sebelum menjualnya kepada suspek kedua yang bekerja sebagai pembantu kedai pada harga RM200.
Hasil ujian saringan air kencing mengesahkan kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine, dan kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
October 16, 2026, 2:49 pm
77 motosikal disita, 144 saman dikeluarkan dalam operasi samseng jalanan
October 16, 2026, 9:36 am
Guru tuisyen ditahan polis disyaki terbabit amang seksual lima pelajar lelaki
October 16, 2026, 9:32 am
Lelaki warga emas cedera dipukul guna tin gam lepas tegur suspek bising
October 15, 2026, 4:51 pm
Tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan kes khianat pecah patung kuil Jalan Klang Lama
October 13, 2026, 2:04 pm
Rumah Rohingya terbakar diserang bom molotov dipercayai ada kaitan video cabar Melayu
October 7, 2026, 9:16 am
Dua lelaki diburu polis selepas kantoi dirakam CCTV ketika pecah rumah di Taman Telok Gadong Indah
October 5, 2026, 1:36 pm
Mahu fokus pelajaran, cinta ditolak dipercayai punca Irene Sofiya dibunuh
October 1, 2026, 8:17 pm
Lapan anggota polis ditahan dalam operasi air ketum di Taman Keramat
September 29, 2026, 10:47 am
Polis Indonesia bongkar makmal haram cecair vape etomidat di Jakarta, lima warga Malaysia ditahan
September 27, 2026, 1:06 pm
