Berita Viral
'Bongok budak-budak ini', tular guru herdik murid di sekolah
KUALA LUMPUR 11 SEPTEMBER – Tindakan seorang guru lelaki yang didakwa mengherdik dan menggunakan perkataan kurang sopan terhadap murid-murid di sebuah sekolah rendah baru-baru ini mencetuskan rasa kurang senang orang ramai.
Kejadian berkenaan tular selepas sebuah rakaman video dimuat naik oleh the_syazouls, yang memaparkan situasi ketika perhimpunan atau majlis sekolah sedang berlangsung.
Berdasarkan rakaman tersebut, guru berkenaan dilihat memanggil sekumpulan pengawas murid lelaki Tahun Enam untuk bertugas.
Bagaimanapun, beliau meluahkan rasa tidak puas hati dan melabel murid-murid berkenaan dengan gelaran kesat selepas lambat bangun.
Pemilik akaun berkenaan turut mempersoalkan pendekatan dan etika guru tersebut dalam mendidik murid-murid di sekolah.
Menurutnya, tugasan seperti pengawas sepatutnya dimaklumkan lebih awal dan bukannya secara terus sehingga mencetuskan suasana tegang.
Ibu bapa yang berada di lokasi bagi menyaksikan persembahan anak mereka turut meluahkan rasa terkilan dengan insiden tersebut sambil mengabaikan sejauh mana tindakan sedemikian mampu membentuk peribadi murid secara positif.
Berita berkaitan
October 16, 2026, 4:33 pm
'Hanya sebab kerusi roda', pemandu e-hailing didakwa diskriminasi penumpang OKU
October 16, 2026, 3:16 pm
'Alam sebalik mata', penempatan haram belakang kawasan TNB di Pandan Mewah
October 16, 2026, 12:24 pm
'Adakah ini biasa', pempengaruh 'skateboard' Jepun terkejut kemalangan berlaku depan mata di Sabah
October 16, 2026, 11:03 am
Polis kejar pasangan kekasih sejam lepas lari dari pemeriksaan di Melaka
October 15, 2026, 8:05 pm
Tutup muka pakai rambut, wanita Vietnam dipercayai curi parcel di Seri Kembangan
October 15, 2026, 3:15 pm
'Planet Marikh ke ini?', penduduk kongsi situasi jerebu di Setia Alam
October 14, 2026, 2:38 pm
Bapa arwah Asiah menangis dukung anak suruh bangun lepas dilanggar BYD
October 14, 2026, 12:56 pm
Lelaki kena intai masa tengah buang hajat di Bukit Jelutong
October 14, 2026, 12:10 pm
