Berita Berita
Pengampunan Najib: ‘Kena tanya Hannah, jangan tanya saya’ - Azalina
PUTRAJAYA 15 Sept – Datuk Seri Azalina Othman Said meminta segala persoalan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dirujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, beliau sendiri tidak mengetahui secara langsung perkembangan permohonan berkenaan dan hanya mendapat maklumat menerusi kenyataan dikeluarkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).
“Saya sebenarnya dapat maklumat pun daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh BHEUU. Saya bukan Menteri bertanggungjawab.
“Walaupun BHEUU di bawah saya, isu Lembaga Pengampunan tiap-tiap negeri, BHEUU adalah sekretariat tetapi Menteri dan Menteri Besar negeri tersebut adalah wakil eksekutif dalam Lembaga Pengampunan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia anjuran BHEUU di Tasik Putrajaya, di sini hari ini.
Menurut Azalina, persoalan mengenai punca permohonan pengampunan Najib ditangguhkan termasuk tarikh baharu mesyuarat perlu diajukan kepada menteri yang bertanggungjawab.
“Apa-apa soalan, apa berlaku, kenapa ditangguh, tarikh yang baru semua kena tanya Menteri bertanggungjawablah, Hannah Yeoh.
“Saya tak ambil maklum langsung. Jadi saya tak dapat jawablah,” katanya.
Azalina turut berseloroh apabila terus diasak pemberita mengenai perkara berkenaan.
“Semua kena tanya YB Hannah. Tak boleh tanya saya. Tak aci, saya cakap nanti tak laku,” katanya.
Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berpendapat penangguhan permohonan pengampunan Najib ke mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang tidak berlaku dengan sendirinya.
Menurutnya, penangguhan itu melainkan terdapat arahan atau bantahan daripada mana-mana pihak sama ada ahli Lembaga Pengampunan atau pihak ketiga lain yang berkepentingan.
Justeru, beliau berpandangan kerajaan perlu memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung perkara itu memandangkan ia membabitkan kepentingan awam.
Sebelum ini, media melaporkan permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung di Istana Negara pada Jumaat lalu.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:38 am
JPN gesa henti sebar video lama upacara perkahwinan bukan Islam babit Saifuddin
October 17, 2026, 10:30 am
24 kawasan catat IPU tidak sihat, Pasir Gudang paling tinggi
October 16, 2026, 10:17 pm
Mayat bayi tanpa kepala, sebelah tangan ditemukan dalam longkang di Kuala Berang
October 16, 2026, 10:06 pm
Sembilan sekolah di N Sembilan bingung, terima bungkusan misteri berisi tepung gandum, pinggan plastik
October 16, 2026, 9:09 pm
Jerebu: Kesihatan, pendidikan dan kesejahteraan mental murid jadi perhatian Raja Permaisuri Agong
October 16, 2026, 8:50 pm
Kesan tikaman di perut, pipi mangsa, suami pegawai AKPS tunjuk sendiri lokasi pisau kepada polis
October 16, 2026, 8:15 pm
JKN Kedah tambah baik masa menunggu di Hospital Jitra
October 16, 2026, 8:03 pm
“Siapa akan tanggung makan isteri, tiga anak?” – Kakak mangsa nahas BYD tuntut keadilan
October 16, 2026, 7:50 pm
Lima rakyat Malaysia ditahan di Tokyo dipercayai keldai dadah dibayar RM8,000
October 16, 2026, 4:49 pm
