Berita Berita
CCTV disambung terus ke IPK KL, polis cadang KK Mart jadi ‘stesen satelit’ 24 jam
KUALA LUMPUR 15 Sept – Rangkaian kedai serbaneka KK Mart di ibu negara berpotensi dijadikan ‘stesen satelit’ polis menerusi cadangan menjadikan premis berkenaan sebagai titik selamat dan kawasan persinggahan anggota bagi memperkukuh pencegahan jenayah.
Cadangan itu merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak swasta dalam usaha meningkatkan keberadaan polis di kawasan awam, khususnya sekitar Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, inisiatif berkenaan kini berada pada peringkat perancangan awal selepas kertas cadangan dikemukakan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).
“Pihak polis berhasrat untuk melaksanakannya dalam masa terdekat sebaik sahaja segala proses teknikal dan kelulusan dimuktamadkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan KK Mart di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Menurut Fadil, pihaknya turut mencadangkan supaya data kamera litar tertutup (CCTV) di premis KK Mart disambungkan terus ke Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) di IPK Kuala Lumpur.
“Kita mahu memantau keselamatan di Kuala Lumpur dari satu keadaan yang lebih teratur dan sistematik.
“Melalui kemudahan yang berangkai dan beroperasi 24 jam di kedai serbaneka berkenaan, integrasi ini dijangka membantu pihak polis bertindak dengan lebih pantas sekiranya berlaku sebarang insiden ketenteraman awam atau jenayah di premis mahupun kawasan sekitarnya,” jelasnya.
Fadil berkata, kerjasama strategik antara sektor swasta dan pasukan penguat kuasa itu juga diyakini mampu meningkatkan rasa selamat dalam kalangan masyarakat.
Melalui pendekatan tersebut, premis KK Mart bukan sahaja berfungsi sebagai pusat peruncitan 24 jam, malah berpotensi menjadi ‘stesen satelit’ yang disokong dengan kehadiran fizikal anggota polis bagi membantu membendung jenayah di sekitar bandar raya.
“Kerjasama awam-swasta seperti ini terbukti mampu memacu model pencegahan jenayah yang efektif. Kita berharap kejayaan inisiatif di IPK Kuala Lumpur ini dapat diperluas ke kontinjen polis lain di seluruh negara kelak,” katanya.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:38 am
JPN gesa henti sebar video lama upacara perkahwinan bukan Islam babit Saifuddin
October 17, 2026, 10:30 am
24 kawasan catat IPU tidak sihat, Pasir Gudang paling tinggi
October 16, 2026, 10:17 pm
Mayat bayi tanpa kepala, sebelah tangan ditemukan dalam longkang di Kuala Berang
October 16, 2026, 10:06 pm
Sembilan sekolah di N Sembilan bingung, terima bungkusan misteri berisi tepung gandum, pinggan plastik
October 16, 2026, 9:09 pm
Jerebu: Kesihatan, pendidikan dan kesejahteraan mental murid jadi perhatian Raja Permaisuri Agong
October 16, 2026, 8:50 pm
Kesan tikaman di perut, pipi mangsa, suami pegawai AKPS tunjuk sendiri lokasi pisau kepada polis
October 16, 2026, 8:15 pm
JKN Kedah tambah baik masa menunggu di Hospital Jitra
October 16, 2026, 8:03 pm
“Siapa akan tanggung makan isteri, tiga anak?” – Kakak mangsa nahas BYD tuntut keadilan
October 16, 2026, 7:50 pm
Lima rakyat Malaysia ditahan di Tokyo dipercayai keldai dadah dibayar RM8,000
October 16, 2026, 4:49 pm
