Berita Dunia
'Patut KL jerebu makin teruk', suasana kebakaran hutan di Kalimantan makin parah
KUALA LUMPUR 17 SEPTEMBER - Satu video tular di media sosial memaparkan situasi cemas fenomena kebakaran hutan yang berlaku di sepanjang laluan jalan raya di Kalimantan, Indonesia.
Berdasarkan rakaman yang dikongsikan, keadaan di kawasan berkenaan kelihatan begitu mengerikan apabila persekitaran diselaputi asap tebal dengan warna langit bertukar menjadi kemerah-merahan akibat marakan api di kiri dan kanan jalan.
Penunggang motosikal yang meredah laluan itu juga dilihat terpaksa berdepan dengan jarak penglihatan yang terhad serta bahaya haba panas daripada kebakaran di sekeliling mereka.
Visual berkenaan turut meraih perhatian pengguna sosial di Malaysia yang mengaitkan kejadian itu dengan fenomena jerebu yang melanda beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur.
Rata-rata pengguna meluahkan rasa terkejut dan bimbang akan kesan pencemaran udara serta kualiti kesihatan penduduk tempatan mahupun negara jiran akibat asap tebal yang terhasil daripada kebakaran berskala besar itu.
Menerusi ruangan komen, ramai netizen meluahkan keprihatinan terhadap tahap kesihatan masyarakat di kawasan terjejas yang terpaksa menghirup udara beracun dalam tempoh masa yang lama.
Dalam masa sama, beberapa pihak turut menggesa tindakan lebih tegas diambil oleh pihak berkuasa tempatan bagi menangani isu kebakaran hutan yang kerap berulang setiap kali musim kering.
Fenomena jerebu merentas sempadan sememangnya menjadi isu tahunan yang kerap memberi impak negatif kepada kualiti udara, kesihatan awam serta sektor penerbangan di rantau Asia Tenggara.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
Penampakan 'obor-obor' di langit malam cetus persoalan ramai
October 14, 2026, 5:09 pm
Langit dah warna oren, Indonesia masih berdegil tak mahu isytihar darurat
October 9, 2026, 12:46 am
'Sepak sikit keluar api', keadaan tanah gambut Kalimantan risiko terbakar lagi
October 7, 2026, 8:29 pm
Sikap degil Indonesia terus bakar hutan, kualiti udara Malaysia makin parah
October 6, 2026, 2:32 pm
Orang Utan termenung kaku lihat rumah diranap jentolak di Indonesia
October 1, 2026, 10:59 am
