Berita Viral
Potong di laluan 'double line', kereta konvoi nyaris penyebab kemalangan jalan raya
KUALA LUMPUR 17 SEPTEMBER - Tindakan melulu sekumpulan pemandu kereta yang memandu secara berbahaya dan memasuki laluan bertentangan hampir meragut nyawa penggunna jalan raya lain dalam satu kejadian yang dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam).
Berdasarkan rakaman video berdurasi beberapa saat itu, sebuah kenderaan dilihat sedang bergerak lancar di laluannya sebelum terkejut dengan kehadiran dua buah kereta dari arah bertentangan yang bertindak memotong garisan berkembar secara berbahaya.
Mangsa terpaksa membunyikan hon dan memperlahankan kenderaan bagi mengelakkan rempuhan.
Sikap pentingkan diri pemandu terbabit yang dipercayai sedang memandu dalam kumpulan konvoi mengundang kecaman hebat daripada pengguna media sosial.
Rata-rata warganet meluahkan rasa berang atas tindakan tidak bertanggungjawab itu yang disifatkan bukan sahaja membahayakan nyawa diri sendiri, malah meletakkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain dalam risiko kemalangan maut.
Berita berkaitan
November 12, 2026, 11:19 am
Belum sempat 24 jam, lelaki disyaki curi dompet berjaya dicekup polis di Cheras
November 11, 2026, 5:33 pm
'Tak rasa bersalah ke', orang ramai kongsi keadaan sungai dipenuhi sampah berikat
November 11, 2026, 2:53 pm
Bertarung nyawa naik bot ke sekolah, buaya pula menanti di sungai
November 11, 2026, 11:33 am
Parkir MRT Kwasa Damansara ditenggelami banjir
November 10, 2026, 1:25 pm
Peniaga jual ayam bekas gigitan tikus di Pudu?
November 10, 2026, 10:50 am
'Siap letak kon halang kereta', ulat tiket kembali di kawasan parkir MRT Maluri?
November 10, 2026, 9:34 am
Bapa dipercayai sanggup tinggal anak tepi jalan hingga cedera kejar kereta di Nilai
November 6, 2026, 11:31 am
Video pemuda isytihar keluar Islam tular, warganet gesa JAKIM turun tangan
November 5, 2026, 7:42 pm
Peniaga dakwa hampir ditikam susulan isu persaingan jualan tauhu crispy
November 5, 2026, 6:09 pm
