Berita Politik
Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH - Fadhlina
KUALA LUMPUR 19 SEPTEMBER - Keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak wajar dikaitkan sebagai keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Fadhlina Sidek.
Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan berkata, pengampunan itu, merupakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagaimana yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan.
“Kita mesti jujur dengan fakta. Pengampunan adalah wewenang Yang di-Pertuan Agong, sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Wanita PKR menghormati keputusan tersebut dan menjunjung institusi Raja Berperlembagaan.
“Jangan kerana perbezaan politik, kita mengaburkan kedudukan Perlembagaan atau menggambarkan keputusan ini seolah-olah keputusan Perdana Menteri atau Pakatan Harapan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
Fadhlina berkata, pengampunan bersyarat Najib sudah tentu mengundang pelbagai reaksi, mengambil maklum kekecewaan dan kemarahan sesetengah pihak.
Beliau berkata, kerajaan tetap mempunyai tanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada rakyat, sambil menegaskan menghormati keputusan pengampunan itu tidak bermakna pendirian PKR terhadap rasuah dan salah guna kuasa berubah.
“Kita tidak harus berpura-pura bahawa perasaan itu tidak wujud. Rakyat berhak bersuara dan mendapatkan penjelasan. Kerajaan tetap mempunyai tanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada rakyat,” katanya.
Pada Jumaat, Yang di-Pertuan, Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan, perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara, semalam.
Berita berkaitan
November 2, 2026, 9:21 am
Dr Akmal bidas Adly Zahari, gesa penilaian prestasi kerajaan negeri bersandarkan fakta
November 1, 2026, 7:08 pm
PRN Melaka: BN sedia ajak PN sertai kerajaan negeri
November 1, 2026, 7:03 pm
PRN Melaka: Ab Rauf mahu Adly Zahari cermin diri
November 1, 2026, 9:56 am
Rakyat Melaka layak dapat pemimpin amanah, berintegriti – Anwar
October 31, 2026, 5:45 pm
PH, BERSATU belum bincang kerjasama pilihan raya
October 31, 2026, 3:03 pm
PRN Melaka: Pimpinan bakal putuskan 'poster boy' PH - Fahmi
October 31, 2026, 2:59 pm
PRN Melaka: Calon PH tak takut Ab Rauf di DUN Tanjung Bidara
October 31, 2026, 11:27 am
BN-PN mantapkan gerak kerja bersama hadapi PRN Melaka
October 31, 2026, 10:49 am
Semangat 'Muafakat Melaka' kukuhkan hubungan PN dan BN Menjelang PRN
October 31, 2026, 10:10 am
