Berita Viral
Penunggang motosikal kena libas, kereta bergolek terbang lepas lori brek mengejut
KUALA LUMPUR 19 SEPTEMBER - Satu kemalangan ngeri melibat tiga buah kenderaan merangkumi sebuah lori, kereta dan sebuah motosikal berlaku di jalan raya baru-baru ini.
Ini selepas tindakan brek mengejut sebuah lori mencetuskan tindak balas berantai yang membahayakan nyawa.
Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular, kejadian berlaku apabila sebuah lori dilihat terpaksa menekan brek secara mengejut di lorong tengah.
Tindakan pantas itu menyebabkan sebuah kereta di belakangnya gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan melencong ke kanan sehingga merempuh penghadang jalan.
Impak rempuhan yang kuat itu menyebabkan kereta terlibat terpelanting dan melibas sebuah motosikal yang sedang bergerak di lorong bersebelahan.
Penunggang motosikal itu dilihat hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan raya akibat rempuhan secara tiba-tiba itu.
Suasana di lokasi kejadian bertukar cemas apabila kenderaan-kenderaan lain di sekeliling terpaksa memperlahankan kenderaan serta-merta bagi mengelakkan rempuhan susulan.
Saksi yang berada di tempat kejadian kelihatan bergegas keluar bagi memberi bantuan awal kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kemalangan itu.
Berita berkaitan
November 12, 2026, 5:44 pm
Pemandu kejam dipercayai gantung kucing luar tingkap di Johor
November 12, 2026, 2:02 pm
'Pemandu bukan warga Malaysia', pengguna jalan raya terkejut ayam dibawa dalam bakul tanpa plastik
November 12, 2026, 11:19 am
Belum sempat 24 jam, lelaki disyaki curi dompet berjaya dicekup polis di Cheras
November 11, 2026, 5:33 pm
'Tak rasa bersalah ke', orang ramai kongsi keadaan sungai dipenuhi sampah berikat
November 11, 2026, 2:53 pm
Bertarung nyawa naik bot ke sekolah, buaya pula menanti di sungai
November 11, 2026, 11:33 am
Parkir MRT Kwasa Damansara ditenggelami banjir
November 10, 2026, 1:25 pm
Peniaga jual ayam bekas gigitan tikus di Pudu?
November 10, 2026, 10:50 am
'Siap letak kon halang kereta', ulat tiket kembali di kawasan parkir MRT Maluri?
November 10, 2026, 9:34 am
Bapa dipercayai sanggup tinggal anak tepi jalan hingga cedera kejar kereta di Nilai
November 6, 2026, 11:31 am
