Berita Viral
Tular budak lelaki masih hilang, rakaman CCTV kesan pergerakan ditempat kejadian
KUALA LUMPUR 19 SEPTEMBER – Satu hantaran tular di media sosial mencetuskan kebimbangan ramai berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang sejak semalam.
Menerusi perkongsian seorang pengguna dikenali sebagai Doknoo, mangsa yang difahamkan menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak masih belum pulang ke rumah sehingga kini.
Menurut maklumat yang dikongsi, kanak-kanak berkenaan didakwa dilihat berjalan bersama seorang lelaki berbaju hitam di kawasan Pangsapuri Kos Rendah Desa Tasik.
Berdasarkan rekod rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, lelaki berkenaan kelihatan memimpin tangan mangsa semasa lalu di kawasan perumahan. Rakaman berasingan turut merakamkan pergerakan sebuah kenderaan jenis SUV berwarna putih di kawasan pos kawalan berhampiran.
Pengguna berkenaan turut memaklumkan bahawa individu terbabit disyaki meletakkan kenderaannya di luar kawasan perumahan sebelum beredar.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali lelaki berbaju hitam tersebut atau mempunyai sebarang maklumat berhubung keberadaan kanak-kanak berkenaan digesa untuk tampil membantu agar mangsa dapat ditemui semula dengan selamat.
Berita berkaitan
November 12, 2026, 5:44 pm
Pemandu kejam dipercayai gantung kucing luar tingkap di Johor
November 12, 2026, 2:02 pm
'Pemandu bukan warga Malaysia', pengguna jalan raya terkejut ayam dibawa dalam bakul tanpa plastik
November 12, 2026, 11:19 am
Belum sempat 24 jam, lelaki disyaki curi dompet berjaya dicekup polis di Cheras
November 11, 2026, 5:33 pm
'Tak rasa bersalah ke', orang ramai kongsi keadaan sungai dipenuhi sampah berikat
November 11, 2026, 2:53 pm
Bertarung nyawa naik bot ke sekolah, buaya pula menanti di sungai
November 11, 2026, 11:33 am
Parkir MRT Kwasa Damansara ditenggelami banjir
November 10, 2026, 1:25 pm
Peniaga jual ayam bekas gigitan tikus di Pudu?
November 10, 2026, 10:50 am
'Siap letak kon halang kereta', ulat tiket kembali di kawasan parkir MRT Maluri?
November 10, 2026, 9:34 am
Bapa dipercayai sanggup tinggal anak tepi jalan hingga cedera kejar kereta di Nilai
November 6, 2026, 11:31 am
