Berita Viral
Anjing liar berkeliaran ancam keselamatan, penduduk gesa MPKJ ambil tindakan segera
KAJANG 23 SEPTEMBER – Ketenangan penduduk di Taman Puncak Jalil, Fasa 7 di sini terganggu berikutan kehadiran sekumpulan anjing liar yang berkeliaran dan membanjiri kawasan jalan raya utama berhampiran kediaman serta premis perniagaan.
Masalah berkenaan menimbulkan gangguan ketenteraman dan kebimbangan berterusan dalam kalangan penduduk, khususnya terhadap keselamatan anak-anak yang perlu berulang-alik ke sekolah pada setiap hari.
Menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial, Tunfatimahtunali95, kawanan anjing itu dilihat bergerak dalam jumlah yang besar sehingga memenuhi laluan jalan raya dan kawasan pembahagi jalan.
Menurutnya, aduan rasmi mengenai kehadiran haiwan liar itu telah dipajukan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).
Namun begitu, dakwanya, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan susulan atau operasi penangkapan yang dijalankan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).
Penduduk mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan agar turun padang secara bersasar bagi menangani isu ini dengan segera sebelum sebarang kejadian tidak diingini seperti serangan atau gigitan haiwan menimpa penduduk tempatan, terutamanya golongan kanak-kanak dan pejalan kaki. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 12, 2026, 5:44 pm
Pemandu kejam dipercayai gantung kucing luar tingkap di Johor
November 12, 2026, 2:02 pm
'Pemandu bukan warga Malaysia', pengguna jalan raya terkejut ayam dibawa dalam bakul tanpa plastik
November 12, 2026, 11:19 am
Belum sempat 24 jam, lelaki disyaki curi dompet berjaya dicekup polis di Cheras
November 11, 2026, 5:33 pm
'Tak rasa bersalah ke', orang ramai kongsi keadaan sungai dipenuhi sampah berikat
November 11, 2026, 2:53 pm
Bertarung nyawa naik bot ke sekolah, buaya pula menanti di sungai
November 11, 2026, 11:33 am
Parkir MRT Kwasa Damansara ditenggelami banjir
November 10, 2026, 1:25 pm
Peniaga jual ayam bekas gigitan tikus di Pudu?
November 10, 2026, 10:50 am
'Siap letak kon halang kereta', ulat tiket kembali di kawasan parkir MRT Maluri?
November 10, 2026, 9:34 am
Bapa dipercayai sanggup tinggal anak tepi jalan hingga cedera kejar kereta di Nilai
November 6, 2026, 11:31 am
