Berita Jenayah
Tiga pelajar IPTS warga asing ditahan, disyaki terlibat kes bunuh lelaki di Kampung Kuchai
IPOH, 23 Sept. – Tiga pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) warga asing berusia antara 17 hingga 20 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki tempatan di Kampung Kuchai baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah mengesahkan bahawa mangsa yang berusia 53 tahun terdahulu ditemui oleh orang awam pada 18 September lalu dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri berserta kesan kecederaan parah pada bahagian muka.
Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal telah dikejar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi menerima rawatan kecemasan serta pemantauan rapi daripada pihak perubatan.
Selepas bertarung nyawa selama beberapa hari di wad rawatan rapi hospital berkenaan, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.42 petang semalam.
Hasil proses bedah siasat yang dijalankan oleh pakar patologi mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan oleh kecederaan trauma tumpul yang teruk pada bahagian kepala.
Bertindak atas maklumat risikan dan siasatan susulan di lokasi kejadian, sepasukan polis berjaya berkas tiga suspek warga asing terbabit yang dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan insiden berkenaan.
Siasatan awal pihak berkuasa mendapati kesemua suspek yang ditangkap merupakan penuntut berdaftar di sebuah IPTS tempatan yang beroperasi di sekitar daerah Ipoh.
Kes kematian mengejut itu kini diklasifikasikan semula dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat jika sabit kesalahan.
Pihak polis kini sedang mempergiat siasatan terperinci dari pelbagai sudut bagi mengenalpasti motif sebenar di sebalik kejadian serangan berdarah terbabit.
Muhammad Najib turut menggesa orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden berkenaan agar tampil memberikan kerjasama dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-245 1500 atau melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 16, 2026, 2:49 pm
77 motosikal disita, 144 saman dikeluarkan dalam operasi samseng jalanan
October 16, 2026, 9:36 am
Guru tuisyen ditahan polis disyaki terbabit amang seksual lima pelajar lelaki
October 16, 2026, 9:32 am
Lelaki warga emas cedera dipukul guna tin gam lepas tegur suspek bising
October 15, 2026, 4:51 pm
Tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan kes khianat pecah patung kuil Jalan Klang Lama
October 13, 2026, 2:04 pm
Rumah Rohingya terbakar diserang bom molotov dipercayai ada kaitan video cabar Melayu
October 7, 2026, 9:16 am
Dua lelaki diburu polis selepas kantoi dirakam CCTV ketika pecah rumah di Taman Telok Gadong Indah
October 5, 2026, 1:36 pm
Mahu fokus pelajaran, cinta ditolak dipercayai punca Irene Sofiya dibunuh
October 1, 2026, 8:17 pm
Lapan anggota polis ditahan dalam operasi air ketum di Taman Keramat
September 29, 2026, 10:47 am
Polis Indonesia bongkar makmal haram cecair vape etomidat di Jakarta, lima warga Malaysia ditahan
September 27, 2026, 1:06 pm
