Berita Dunia
Tanah runtuh di Nepal, 30 maut, ratusan pendaki diselamatkan
KATHMANDU, 1 Oct. – Gelombang tanah runtuh dan hujan lebat baharu mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang di Nepal ketika negara pergunungan Himalaya itu masih bergelut dengan kesan banjir dahsyat Ogos lalu.
Kejadian banjir terdahulu dilaporkan meragut lebih 1,400 nyawa serta menyebabkan ribuan lagi penduduk tempatan hilang tanpa kesan.
Pengurusan Bencana Kebangsaan Nepal mengesahkan bahawa lebih 1,900 keluarga terjejas manakala sekurang-kurangnya 240 buah rumah musnah sepenuhnya sejak akhir minggu lalu.
Bencana alam berkenaan turut melumpuhkan pelbagai infrastruktur utama susulan kejadian jalan raya, bangunan, serta jambatan yang hanyut dibawa arus deras.
Perkembangan buruk itu memaksa beratus-ratus pendaki di kawasan pergunungan Annapurna menamatkan aktiviti pendakian lebih awal demi keselamatan nyawa.
Operasi menyelamat terpaksa dijalankan menggunakan helikopter bagi mengangkut keluar para pendaki dari kawasan terjejas di daerah Manang dan Mustang.
Suasana pilu menyelubungi beberapa wilayah di Nepal apabila penduduk tempatan mula meratapi pemergian ahli keluarga masing-masing yang terkorban.
Seorang mangsa bencana, Buti Tamang mendedahkan bahawa kediaman mereka musnah sekelip mata sehingga menyebabkan sebahagian besar penduduk kehilangan tempat tinggal dan ahli keluarga.
Beberapa pendaki bersama pemandu arah menyifatkan laluan turun dari pergunungan sebagai amat berbahaya akibat kerosakan bentuk muka bumi.
Perjalanan turun dari zon bahaya mengambil masa sehingga tiga ke empat hari berikutan mereka terpaksa meredah laluan runtuh serta jambatan yang rosak.
Pendaki warga Britain, Jake Stacy berusia 21 tahun menceritakan pengalaman terperangkap bersama pemandu arah di Yak Kharka akibat ketebalan salji.
Situasi berbahaya berkenaan memaksa mereka membatalkan hasrat untuk meneruskan ekspedisi ke Genting Thorang La yang merupakan titik tertinggi di trek terbabit.
Jake menjelaskan bahawa mereka terpaksa meredah laluan baharu di cerun gunung yang curam serta berlumpur licin berhampiran tebing sungai demi menyelamatkan diri. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
Penampakan 'obor-obor' di langit malam cetus persoalan ramai
October 14, 2026, 5:09 pm
Langit dah warna oren, Indonesia masih berdegil tak mahu isytihar darurat
October 9, 2026, 12:46 am
'Sepak sikit keluar api', keadaan tanah gambut Kalimantan risiko terbakar lagi
October 7, 2026, 8:29 pm
Sikap degil Indonesia terus bakar hutan, kualiti udara Malaysia makin parah
October 6, 2026, 2:32 pm
Orang Utan termenung kaku lihat rumah diranap jentolak di Indonesia
October 1, 2026, 10:59 am
