Berita Viral
'Terima kasih orang baik', pengguna motosikal bantu buang sampah longkang tersumbat raih pujian ramai
JOHOR BAHRU 1 OKTOBER – Tindakan berani dan murni seorang pemuda yang sanggup meredah takungan air hingga separuh badan demi membersihkan saluran longkang tersumbat ketika hujan lebat di ibu negeri ini mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video tular yang dimuat naik Moxxspeedzs, individu itu dilihat masih memakai topi keledar dan baju basah sambil mengorek keluar sampah serta sisa batu yang menyekat laluan air.
Hasil usahanya itu, limpahan air di bahagian jalan raya berhampiran jambatan berjaya surut dengan cepat dan melancarkan semula arus lalu lintas.
Aksi terpuji yang dikongsikan di platform media sosial itu mendapat perhatian ramai pengguna internet yang rata-ratanya mendoakan kesejahteraan dan kemudahan rezeki buat insan berkenaan.
Salah seorang pengguna, firasssssssss_ mendoakan agar pemuda itu sentiasa diberkati atas kebaikan yang dilakukan.
"Moga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki dunia akhirat, dipermudahkan segala urusan. Salute," katanya.
Dalam pada itu, pengguna akaun n.nadeeya4 turut menyatakan penghargaan dan mendoakan agar pemuda tersebut sentiasa berada dalam perlindungan-Nya.
"Semoga yang baik-baik sahaja untuk abang. Nikmat sihat berpanjangan, dikelilingi orang yang baik-baik, rezeki yang tak pernah putus, semoga Allah sentiasa bersama mu. Allahumma Amin," tulisnya.
Bukan itu sahaja, keprihatinan pemuda berkenaan turut mendapat perhatian jenama perniagaan tempatan, qillozpizzahq yang berhasrat menghadiahkan hidangan percuma sebagai bentuk penghargaan atas pengorbanan tersebut.
"Alhamdulillah terima kasih orang baik. Kami nak belanja Pizza Wagyu boleh? Pergi sahaja mana-mana cawangan Qilloz Pizza yang berdekatan dan tuntut pizza Wagyu daripada kami. Nanti kami mesej peribadi ya. Terima kasih sekali lagi Hero," kata akaun berkenaan.
Selain pujian dan doa, beberapa warga netizen turut menganggap pengorbanan insan itu telah membantu menjimatkan masa serta memudahkan urusan ramai pengguna jalan raya yang lalu di kawasan berkenaan.
Sikap tidak pentingkan diri serta keprihatinan tinggi yang ditunjukkan pemuda ini nyata membuktikan masih ramai insan berhati mulia yang sedia berbakti demi kemudahan masyarakat sekeliling.
Berita berkaitan
October 16, 2026, 4:33 pm
'Hanya sebab kerusi roda', pemandu e-hailing didakwa diskriminasi penumpang OKU
October 16, 2026, 3:16 pm
'Alam sebalik mata', penempatan haram belakang kawasan TNB di Pandan Mewah
October 16, 2026, 12:24 pm
'Adakah ini biasa', pempengaruh 'skateboard' Jepun terkejut kemalangan berlaku depan mata di Sabah
October 16, 2026, 11:03 am
Polis kejar pasangan kekasih sejam lepas lari dari pemeriksaan di Melaka
October 15, 2026, 8:05 pm
Tutup muka pakai rambut, wanita Vietnam dipercayai curi parcel di Seri Kembangan
October 15, 2026, 3:15 pm
'Planet Marikh ke ini?', penduduk kongsi situasi jerebu di Setia Alam
October 14, 2026, 2:38 pm
Bapa arwah Asiah menangis dukung anak suruh bangun lepas dilanggar BYD
October 14, 2026, 12:56 pm
Lelaki kena intai masa tengah buang hajat di Bukit Jelutong
October 14, 2026, 12:10 pm
