Berita Sukan
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
KUALA LUMPUR, 2 Oct. – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal mengemukakan permohonan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung isu perubahan masa tambahan dalam saingan Piala ASEAN FIFA 2026.
Isu berkenaan timbul berikutan tindakan pegawai perlawanan mengubah masa tambahan daripada dua minit kepada tujuh minit ketika perlawanan antara Indonesia dan Bangladesh di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.
FAM menerusi kenyataan rasmi memaklumkan permohonan itu dibuat bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai asas, prosedur, serta pertimbangan yang membawa kepada keputusan terbabit.
Badan induk bola sepak negara itu menegaskan bahawa pengurusan masa dalam sesuatu perlawanan merupakan elemen kritikal bagi menjamin keadilan serta ketelusan pertandingan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
FAM menjelaskan bahawa perkara berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana keputusan perlawanan terbabit secara langsung mempengaruhi kedudukan akhir Kumpulan A serta menentukan slot ke perlawanan akhir.
Sehubungan itu, FAM menggesa FIFA menyiasat insiden terbabit secara mendalam serta memberikan pencerahan rasmi berhubung tindakan pegawai perlawanan yang bertugas.
Penjelasan rasmi daripada FIFA disifatkan amat penting bagi memastikan sama ada keputusan berkenaan dibuat mengikut tatacara serta peraturan yang sedang berkuat kuasa.
Walau bagaimanapun, FAM menegaskan bahawa langkah mengemukakan surat rasmi berkenaan bukan bertujuan mempertikaikan keputusan akhir perlawanan atau mengurangkan pencapaian mana-mana pasukan yang bertanding.
FAM menjelaskan bahawa permohonan berkenaan dibuat khusus demi mendapatkan kejelasan prosedur pengadilan agar sebarang kekeliruan yang timbul dalam kalangan peminat bola sepak dapat diselesaikan secara telus. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
