Berita Viral
'Hanya sebab kerusi roda', pemandu e-hailing didakwa diskriminasi penumpang OKU
KUALA LUMPUR 16 OKTOBER — Niat murni sekumpulan rakan untuk menggunakan khidmat e-hailing akhirnya bertukar kekecewaan apabila golongan kurang upaya (OKU) sekali lagi menjadi mangsa pandangan serong serta penolakan khidmat pengangkutan awam.
Tindakan biadab seorang pemandu kenderaan e-hailing yang secara terang-terangan enggan mengambil penumpang hanya kerana rakan kepada pengadu memakai kerusi roda, biarpun pelbagai alternatif penyelesaian telah dikemukakan di lokasi kejadian.
Menerusi perkongsian nurulazreen95, insiden itu bukan kali pertama menimpa rakan baiknya, sekali gus membuktikan diskriminasi terhadap komuniti istimewa dalam kalangan pemandu perkhidmatan berkenaan.
"Pemandu Grab yang kasar! Hanya kerana rakan saya OKU, walaupun anda tidak mahu mengambil rakan saya, kami beramai-lapan orang dan boleh bertukar tempat kerana kami menempah dua buah kereta. Perkara ini sudah berlaku kepadanya beberapa kali. Diskriminasi terhadap golongan kurang upaya dalam kalangan pemandu Grab adalah benar!" ujar individu terbabit meluahkan rasa kesal yang amat sangat.
Paparan video berdurasi pendek yang disertakan turut merakamkan detik tegang apabila kumpulan terbabit cuba berunding secara baik, namun pengemudi kenderaan utiliti sukan (SUV) hitam itu kelihatan enggan bertolak ansur sebelum meninggalkan lokasi.
Sementara itu, pihak pengurusan Grab Malaysia pantas mengambil maklum penularan klip video berkenaan dan tampil memberikan maklum balas menerusi ruangan komen bagi meredakan kemarahan warganet yang mengecam tindakan pemandu terbabit.
Wakil khidmat pelanggan syarikat pengendali itu, Sofwa, menegaskan bahawa pihak syarikat mengenakan pendirian tegas tanpa kompromi terhadap sebarang bentuk diskriminasi, khususnya yang melibatkan golongan istimewa.
"Kami amat kesal dengan pengalaman menyedihkan ini! Grab menguatkuasakan dasar toleransi sifar yang tegas terhadap sebarang bentuk diskriminasi, terutamanya terhadap komuniti kurang upaya. Sila hantarkan mesej peribadi (DM) kepada kami nombor tempahan atau nombor telefon berdaftar anda agar skuad keselamatan kami dapat mengenal pasti pemandu tersebut, menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya dengan kadar segera. Terima kasih," jelas kenyataan rasmi itu.
Berita berkaitan
November 12, 2026, 11:19 am
Belum sempat 24 jam, lelaki disyaki curi dompet berjaya dicekup polis di Cheras
November 11, 2026, 5:33 pm
'Tak rasa bersalah ke', orang ramai kongsi keadaan sungai dipenuhi sampah berikat
November 11, 2026, 2:53 pm
Bertarung nyawa naik bot ke sekolah, buaya pula menanti di sungai
November 11, 2026, 11:33 am
Parkir MRT Kwasa Damansara ditenggelami banjir
November 10, 2026, 1:25 pm
Peniaga jual ayam bekas gigitan tikus di Pudu?
November 10, 2026, 10:50 am
'Siap letak kon halang kereta', ulat tiket kembali di kawasan parkir MRT Maluri?
November 10, 2026, 9:34 am
Bapa dipercayai sanggup tinggal anak tepi jalan hingga cedera kejar kereta di Nilai
November 6, 2026, 11:31 am
Video pemuda isytihar keluar Islam tular, warganet gesa JAKIM turun tangan
November 5, 2026, 7:42 pm
Peniaga dakwa hampir ditikam susulan isu persaingan jualan tauhu crispy
November 5, 2026, 6:09 pm
