Berita Berita
Rakyat Malaysia disyaki dalang penipuan pelaburan pokok gaharu RM7.2 juta ditahan di Hong Kong
KUALA LUMPUR, 16 Okt. – Seorang rakyat Malaysia disyaki menjadi dalang utama sindiket penipuan pelaburan pokok gaharu membabitkan kerugian melebihi HK$14 juta (kira-kira RM7.2 juta) selepas ditumpaskan oleh polis Hong Kong kelmarin.
Superintendan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Hong Kong, Allan Chu Ming-lun memaklumkan bahawa lelaki berkenaan ditahan bersama lima lagi warga tempatan Hong Kong berusia antara 52 hingga 66 tahun menerusi operasi khas 'Shadow Net'.
Operasi terbabit dilancarkan susulan 21 laporan rasmi yang diterima daripada pelabur sejak September lalu membabitkan mangsa berusia antara 52 hingga 82 tahun.
Syarikat berkenaan didapati memperdaya mangsa menerusi pelbagai skim pelaburan berjadual dengan tawaran pulangan sehingga 36 peratus setahun di samping menganjurkan lawatan percuma ke ladang gaharu di Malaysia.
Polis Hong Kong memaklumkan bahawa pihak terbabit kemudiannya bertindak menukar pelaburan mangsa kepada pelesenan harta intelek, mata wang kripto 'IBBB Coin', dan skim cuci kereta automatik selepas gagal melunaskan pembayaran modal.
Ketua Inspektor Annie Lo Oi-kin mengesahkan perampasan wang tunai HK$540,000, pelbagai peralatan elektronik, serta dokumen kontrak pelaburan dalam serbuan di Kwun Tong manakala Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong telah meletakkan syarikat terbabit dalam senarai amaran. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 12, 2026, 11:46 am
Najib dibenar tinggal serumah bersama keluarga, guna telefon - Saifuddin
November 12, 2026, 11:33 am
Belum habis 2026, KESUMA puji prestasi cemerlang, komitmen berterusan PERKESO - Ramanan
November 12, 2026, 10:44 am
16,230 peranti digital percuma diagih kepada 257 sekolah sejak 2022 — Fadhlina
November 12, 2026, 10:37 am
Isu pengampunan Najib: Rujuk PM, jangan heret Istana dalam pertikaian politik — Onn Hafiz
November 12, 2026, 10:29 am
Saifuddin arah siasatan menyeluruh serangan anggota polis di Kepong, tegas tak kompromi warga asing
November 12, 2026, 10:16 am
Kerjasama BN-PN di PRN Melaka lebih mantap berbanding Negeri Sembilan — Tuan Ibrahim
November 12, 2026, 8:07 am
Tony Pua didakwa hina Agong, UMNO desak ambil tindakan
November 12, 2026, 8:03 am
'Jangan tunggu, tembak jika ada ancaman' — Polis KL perketat kawalan susulan insiden serang anggota polis
November 12, 2026, 7:59 am
PM kecam insiden serangan ke atas anggota polis di Kepong, doa diberi kesembuhan segera
November 11, 2026, 10:09 pm
