Berita Sukan
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
KUALA LUMPUR, 29 Okt. – Status kecederaan penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Bergson Da Silva mencetuskan kebimbangan skuad kebangsaan menjelang dua perlawanan persahabatan antarabangsa pada bulan depan.
Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT) berkenaan mengalami kecederaan sewaktu menewaskan Port FC 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin.
Dalam perlawanan terbabit, pemain kelahiran Brazil itu diturunkan sebagai pemain gantian pada babak kedua dan menyumbang gol kedua menerusi tandukan pada minit ke-62 sebelum terpaksa dikeluarkan semula.
Ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz mengesahkan kecederaan terbabit dan memaklumkan bahawa kelab sedang menanti laporan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) bagi mengenalpasti tahap kecederaan sebenar.
Perkembangan terbaharu ini menimbulkan ketidakpastian sama ada Bergson sempat pulih untuk menyertai kem latihan Harimau Malaya bagi aksi persahabatan Tier 1 menentang China pada 14 November dan Yaman pada 17 November ini. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 12, 2026, 10:54 am
Kerajaan belanja RM70 juta anjur F1 GP Bahrain di Sepang, jana impak ekonomi hampir RM950 juta
November 9, 2026, 11:27 am
'Tak hormat pasukan lawan', Pan-gon mahu MFL siasat Nazmi Faiz
November 5, 2026, 10:13 pm
Tiada lagi nombor 7, Ronaldo umum persaraan bersama Portugal
November 4, 2026, 9:51 am
Pemain Sepanyol meninggal dunia lepas dirempuh penjaga gol lawan
November 2, 2026, 9:41 am
Tujuh pemain warisan kekal status rakyat Malaysia selepas tamat hukuman FIFA
November 1, 2026, 7:12 pm
Tujuh pemain warisan layak beraksi mulai hari ini - MFL
November 1, 2026, 6:50 pm
Marc Marquez tawan Sepang
November 1, 2026, 10:06 am
Azman Adnan dilantik sebagai Pengarah Teknikal KL City baharu
October 31, 2026, 2:48 pm
