Berita Dunia
Hujan berterusan, 'cyclone' Arnab punca air dari tanah naik di Thailand
BANGKOK 30 OKTOBER - Tular di media sosial video kamera litar tertutup (CCTV) detik-detik banjir yang berlaku sekelip mata di Utara Thailand pada Rabu lalu.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Menerusi rakaman itu, air dari bawah tanah naik dengan sangat cepat sehingga menyebabkan banjir kilat di kawasan tersebut.
Kejadian itu dipercayai berpunca daripada kesan fenomena 'cyclone' Arnab yang berlaku di laut Andaman.
Kesan daripada perubahan cuaca itu telah menyebabkan kawasan di bahagian Utara Thailand kini mengalami banjir ditambah pula dengan hujan lebat.
Manakala di Malaysia pula kini sedang berdepan Monsun Timur Laut yang rasmi bermula pada 27 Oktober 2026 dan akan berterusan sehingga Mac 2027, seperti yang diumumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).
Beberapa kawasan di Malaysia sudah mula terkesan dengan fenomena antaranya Kuala Pilah, Yan, Pendang, Kerian dan Selangor.
Berita berkaitan
November 12, 2026, 10:20 am
Gibran letak jawatan Naib Presiden Indonesia susulan kontroversi kelayakan akademik
November 11, 2026, 10:07 am
'Macam tragedi di Nepal', empangan Pakistan runtuh lagi
November 10, 2026, 3:26 pm
Belum bayar pampasan pada penduduk kampung, lelaki nekad robohkan bangunan kerajaan
November 9, 2026, 4:32 pm
'Boleh bawa masuk 2 sahaja', 58 iPhone dari Malaysia dimusnahkan di Indonesia
November 6, 2026, 12:31 pm
Presiden Paraguay letak jawatan selepas kejatuhan bank digital bekukan akaun jutaan rakyat
November 5, 2026, 10:16 am
Anggota polis maut terkena bilah kipas pesawat
November 2, 2026, 9:58 am
'Macam dalam movie', 9 nyawa melayang lepas jet peribadi terhempas menyembah bumi
October 22, 2026, 1:59 pm
