Berita Jenayah
Lelaki cedera diserang tiga individu bersenjata di Bandar Tun Hussein Onn
KAJANG, 4 Nov. – Polis mengesahkan penerimaan laporan polis berhubung kejadian seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang ditemui cedera di kaki lima sebuah premis perniagaan di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan bahawa insiden yang berlaku kira-kira jam 4.59 petang itu menyaksikan mangsa mengalami kecederaan di lengan kiri selepas dipercayai diserang oleh tiga individu tidak dikenali dengan menggunakan senjata tajam.
Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Kajang, manakala usaha mengesan serta mengenal pasti kesemua suspek dan motif kejadian sedang giat dijalankan.
Siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan jika sabit kesalahan.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Afiq Rifdi Mohd Azmi di talian 013-6232713, IPD Kajang di talian 03-89114222, atau merujuk mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 12, 2026, 7:53 am
Suspek tetak polis hingga putus tangan mati ditembak di Gombak
November 11, 2026, 10:07 am
Peniaga simpan ayam sejuk beku dari Thailand tanpa lesen dicekup
November 10, 2026, 12:55 pm
Kes pecah kedai pajak RM28.4 juta: 7 individu ditahan, bekas pengurus disyaki jadi dalang
November 10, 2026, 12:39 pm
Lelaki tular sering mengamuk ditahan di Keningau, polis sahkan positif dua jenis dadah
November 6, 2026, 10:04 am
Empat individu termasuk dua warga asing ditahan kes lelaki maut ditetak di Teluk Intan
November 5, 2026, 8:05 pm
Tiga individu ditahan bantu siasatan kes warga emas maut dipukul di Seremban
November 5, 2026, 2:41 pm
Dua warga Thailand didakwa bunuh anggota Maritim Malaysia di perairan Sungai Padang
November 3, 2026, 5:04 pm
'Pakai beg, baju branded' tular dakwaan muncul geng 'scammer' dari China minta 'cash' di KLIA
November 3, 2026, 4:02 pm
