Berita Berita
Pesara guru rugi RM521,787 terpedaya pelaburan tidak wujud di Facebook
JOHOR BAHRU, 4 Nov. – Seorang pesara guru berusia 67 tahun berdepan kerugian bernilai RM521,787 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi Facebook.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei memaklumkan bahawa mangsa tertarik dengan tawaran pulangan keuntungan sehingga 50 peratus daripada modal yang dilaburkan sejak 16 September lalu.
Mangsa yang mempercayai tawaran terbabit bertindak melakukan 16 transaksi pindahan wang secara dalam talian ke enam akaun bank berbeza menggunakan wang simpanan peribadi antara 17 September hingga 29 Oktober lalu.
Siasatan mendapati pelbagai alasan digunakan untuk meminta bayaran tambahan termasuk modal pelaburan, pembukaan akaun, tandatangan ganti serta wang cagaran sebelum mangsa menyedari penipuan berkenaan lalu tampil membuat laporan polis pada Isnin.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer, manakala polis menasihati orang ramai agar membuat semakan menerusi portal semakmule.rmp.gov.my atau menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi mengelak menjadi mangsa scam. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 12, 2026, 11:46 am
Najib dibenar tinggal serumah bersama keluarga, guna telefon - Saifuddin
November 12, 2026, 11:33 am
Belum habis 2026, KESUMA puji prestasi cemerlang, komitmen berterusan PERKESO - Ramanan
November 12, 2026, 10:44 am
16,230 peranti digital percuma diagih kepada 257 sekolah sejak 2022 — Fadhlina
November 12, 2026, 10:37 am
Isu pengampunan Najib: Rujuk PM, jangan heret Istana dalam pertikaian politik — Onn Hafiz
November 12, 2026, 10:29 am
Saifuddin arah siasatan menyeluruh serangan anggota polis di Kepong, tegas tak kompromi warga asing
November 12, 2026, 10:16 am
Kerjasama BN-PN di PRN Melaka lebih mantap berbanding Negeri Sembilan — Tuan Ibrahim
November 12, 2026, 8:07 am
Tony Pua didakwa hina Agong, UMNO desak ambil tindakan
November 12, 2026, 8:03 am
'Jangan tunggu, tembak jika ada ancaman' — Polis KL perketat kawalan susulan insiden serang anggota polis
November 12, 2026, 7:59 am
PM kecam insiden serangan ke atas anggota polis di Kepong, doa diberi kesembuhan segera
November 11, 2026, 10:09 pm
