Berita Berita
Bekas KP Pendidikan wanita pertama Tan Sri Asiah Abu Samah meninggal dunia
KUALA LUMPUR, 4 Nov. – Bekas Ketua Pengarah Pendidikan wanita pertama negara, Tan Sri Asiah Abu Samah meninggal dunia pada usia 89 tahun akibat sakit jantung di Hospital KPJ Damansara jam 5 pagi hari ini.
Anak saudara Allahyarham, Shafinaz Shamsudin mengesahkan berita duka berkenaan dan memaklumkan bahawa urusan mandi serta kafan jenazah dijadualkan berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Jenazah Allahyarham akan disolatkan selepas solat Zuhur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Allahyarham mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wanita pertama dilantik memegang jawatan Ketua Pengarah di Kementerian Pendidikan pada 27 November 1991 sebelum bersara wajib pada tahun 1992.
Sepanjang kerjayanya yang bermula sebagai guru di Sekolah Penang Free pada tahun 1961, Allahyarham pernah berkhidmat di Institut Bahasa Lembah Pantai, Kolej Tunku Kurshiah, serta memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I dan II. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 12, 2026, 11:46 am
Najib dibenar tinggal serumah bersama keluarga, guna telefon - Saifuddin
November 12, 2026, 11:33 am
Belum habis 2026, KESUMA puji prestasi cemerlang, komitmen berterusan PERKESO - Ramanan
November 12, 2026, 10:44 am
16,230 peranti digital percuma diagih kepada 257 sekolah sejak 2022 — Fadhlina
November 12, 2026, 10:37 am
Isu pengampunan Najib: Rujuk PM, jangan heret Istana dalam pertikaian politik — Onn Hafiz
November 12, 2026, 10:29 am
Saifuddin arah siasatan menyeluruh serangan anggota polis di Kepong, tegas tak kompromi warga asing
November 12, 2026, 10:16 am
Kerjasama BN-PN di PRN Melaka lebih mantap berbanding Negeri Sembilan — Tuan Ibrahim
November 12, 2026, 8:07 am
Tony Pua didakwa hina Agong, UMNO desak ambil tindakan
November 12, 2026, 8:03 am
'Jangan tunggu, tembak jika ada ancaman' — Polis KL perketat kawalan susulan insiden serang anggota polis
November 12, 2026, 7:59 am
PM kecam insiden serangan ke atas anggota polis di Kepong, doa diberi kesembuhan segera
November 11, 2026, 10:09 pm
