Berita Berita
KDN murni lebih dua tan al-Quran usang, rosak di perairan Selat Melaka
ISKANDAR PUTERI, 4 Nov. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi inisiatif pemurnian al-Quran melupuskan lebih dua tan bahan teks serta naskhah al-Quran usang, rosak dan tidak mendapat perakuan rasmi dalam satu operasi khas di perairan Selat Melaka hari ini.
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Ismainur Hadi Amat Bakeron memaklumkan bahawa kesemua bahan terbabit merupakan hasil pengumpulan dan serahan orang ramai menerusi program Jom Exchange Al-Quran bagi tempoh Januari hingga September lalu.
Beliau menjelaskan bahawa penggunaan istilah pemurnian dipilih berbanding pelupusan fizikal bagi mengangkat martabat kalam suci berkenaan, memandangkan kesedaran masyarakat semakin meningkat untuk menyerahkan naskhah yang tidak lagi dapat dibaca kepada pihak berkuasa.
Prosedur operasi standard pemurnian terbabit dilaksanakan secara ketat di mana bahan berkenaan dibakar di dalam kebuk relau khas terlebih dahulu sebelum abunya direndam dan dipadatkan menjadi jongkong abu mampat untuk dilarutkan di tengah laut.
Program kolaborasi berkenaan turut disertai Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Dr. Nooh Gadut bersama Jabatan Imigresen Johor dan Jabatan Laut Johor bagi memastikan setiap peringkat pengurusan dijalankan mengikut garis panduan agama.
KDN turut merancang untuk memperluaskan siri jelajah pemurnian al-Quran berkenaan ke seluruh negara selepas kejayaan pelaksanaan program serupa di Tawau, Sabah yang melupuskan lebih tiga tan bahan al-Quran sebelum ini.
Berita berkaitan
November 12, 2026, 11:46 am
Najib dibenar tinggal serumah bersama keluarga, guna telefon - Saifuddin
November 12, 2026, 11:33 am
Belum habis 2026, KESUMA puji prestasi cemerlang, komitmen berterusan PERKESO - Ramanan
November 12, 2026, 10:44 am
16,230 peranti digital percuma diagih kepada 257 sekolah sejak 2022 — Fadhlina
November 12, 2026, 10:37 am
Isu pengampunan Najib: Rujuk PM, jangan heret Istana dalam pertikaian politik — Onn Hafiz
November 12, 2026, 10:29 am
Saifuddin arah siasatan menyeluruh serangan anggota polis di Kepong, tegas tak kompromi warga asing
November 12, 2026, 10:16 am
Kerjasama BN-PN di PRN Melaka lebih mantap berbanding Negeri Sembilan — Tuan Ibrahim
November 12, 2026, 8:07 am
Tony Pua didakwa hina Agong, UMNO desak ambil tindakan
November 12, 2026, 8:03 am
'Jangan tunggu, tembak jika ada ancaman' — Polis KL perketat kawalan susulan insiden serang anggota polis
November 12, 2026, 7:59 am
PM kecam insiden serangan ke atas anggota polis di Kepong, doa diberi kesembuhan segera
November 11, 2026, 10:09 pm
