Berita Berita
213 rakyat Malaysia ditahan di luar negara jadi keldai dadah sejak 2024
KUALA LUMPUR, 5 Nov. – Seramai 213 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana disyaki menjadi keldai dadah bagi tempoh 2024 hingga September 2026 susulan taktik sindiket yang menyasarkan golongan muda termasuk pelajar dan graduan institusi pengajian tinggi.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa sindiket terbabit memerangkap mangsa menerusi tawaran pekerjaan bergaji lumayan, pakej percutian, tiket penerbangan, penginapan serta imbuhan kewangan.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berhubung langkah bersepadu membanteras pengedaran dadah yang menyasarkan golongan muda serta penyalahgunaan platform e-dagang dan media sosial menerusi akaun palsu, e-dompet, dan perkhidmatan kurier secara tunai semasa penghantaran (COD).
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM melaksanakan risikan serta pemantauan siber 24 jam dengan kerjasama MCMC, di mana sebanyak 47 akaun disekat pada 2025 dan 49 akaun lagi disekat setakat tahun 2026.
Kerajaan turut meneliti cadangan meminda Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi menyenaraikan bahan psikoaktif baharu (NPS) di samping memperkukuh kerjasama dengan institusi kewangan menerusi pendekatan follow the money serta risikan antarabangsa. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 12, 2026, 11:46 am
Najib dibenar tinggal serumah bersama keluarga, guna telefon - Saifuddin
November 12, 2026, 11:33 am
Belum habis 2026, KESUMA puji prestasi cemerlang, komitmen berterusan PERKESO - Ramanan
November 12, 2026, 10:44 am
16,230 peranti digital percuma diagih kepada 257 sekolah sejak 2022 — Fadhlina
November 12, 2026, 10:37 am
Isu pengampunan Najib: Rujuk PM, jangan heret Istana dalam pertikaian politik — Onn Hafiz
November 12, 2026, 10:29 am
Saifuddin arah siasatan menyeluruh serangan anggota polis di Kepong, tegas tak kompromi warga asing
November 12, 2026, 10:16 am
Kerjasama BN-PN di PRN Melaka lebih mantap berbanding Negeri Sembilan — Tuan Ibrahim
November 12, 2026, 8:07 am
Tony Pua didakwa hina Agong, UMNO desak ambil tindakan
November 12, 2026, 8:03 am
'Jangan tunggu, tembak jika ada ancaman' — Polis KL perketat kawalan susulan insiden serang anggota polis
November 12, 2026, 7:59 am
PM kecam insiden serangan ke atas anggota polis di Kepong, doa diberi kesembuhan segera
November 11, 2026, 10:09 pm
