Berita Berita
Mohd Shuhaily kekal jalani tugas Ketua Pengarah AKPS berikutan tiada arahan rasmi
KUALA LUMPUR, 5 Nov. – Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) memandangkan beliau belum menerima sebarang surat atau arahan rasmi berhubung keputusan mengembalikannya ke Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Peguam yang mewakilinya, Rafique Rashid Ali memaklumkan di Kompleks Mahkamah hari ini bahawa anak guamnya masih mempunyai kuasa sah untuk menjalankan tugas seperti biasa termasuk mempengerusikan mesyuarat agensi berkenaan selagi tiada surat rasmi diterima.
Pihak pembelaan turut mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya memberikan penjelasan terbuka berikutan pengumuman penamatan pinjaman tugas terbabit menimbulkan pelbagai spekulasi serta kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail menjelaskan bahawa proses penamatan tempoh penempatan Mohd Shuhaily di AKPS yang sepatutnya tamat pada 30 Jun 2027 perlu mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu selepas menerima nasihat perundangan Jabatan Peguam Negara.
Mohd Shuhaily yang kembali bertugas pada 2 November lalu telah mempengerusikan Mesyuarat Commander's Call Bilangan 3/2026, manakala beliau sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di KLIA pada 28 September lalu. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 12, 2026, 11:46 am
Najib dibenar tinggal serumah bersama keluarga, guna telefon - Saifuddin
November 12, 2026, 11:33 am
Belum habis 2026, KESUMA puji prestasi cemerlang, komitmen berterusan PERKESO - Ramanan
November 12, 2026, 10:44 am
16,230 peranti digital percuma diagih kepada 257 sekolah sejak 2022 — Fadhlina
November 12, 2026, 10:37 am
Isu pengampunan Najib: Rujuk PM, jangan heret Istana dalam pertikaian politik — Onn Hafiz
November 12, 2026, 10:29 am
Saifuddin arah siasatan menyeluruh serangan anggota polis di Kepong, tegas tak kompromi warga asing
November 12, 2026, 10:16 am
Kerjasama BN-PN di PRN Melaka lebih mantap berbanding Negeri Sembilan — Tuan Ibrahim
November 12, 2026, 8:07 am
Tony Pua didakwa hina Agong, UMNO desak ambil tindakan
November 12, 2026, 8:03 am
'Jangan tunggu, tembak jika ada ancaman' — Polis KL perketat kawalan susulan insiden serang anggota polis
November 12, 2026, 7:59 am
PM kecam insiden serangan ke atas anggota polis di Kepong, doa diberi kesembuhan segera
November 11, 2026, 10:09 pm
