Berita Ekonomi
WCEC dijangka pacu peningkatan perdagangan, pelaburan - Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR 10 Sept - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz optimis terhadap Konvensyen Usahawan Cina Sedunia (WCEC) ke-17 yang dijangka meningkatkan aktiviti perdagangan dan pelaburan negara di peringkat global.
Beliau berkata, konvensyen itu menyediakan platform terbaik untuk usahawan global bekerjasama terutamanya pada waktu yang mencabar.
"Apa yang kita harapkan adalah apabila komuniti perniagaan berkumpul, mereka pasti akan mempunyai tawaran perniagaan dan kerjasama yang akan meningkatkan perdagangan dan pelaburan," katanya dalam laporan Bernama.
Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran konvensyen itu, hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama pada WCEC ke-17, mengetengahkan hubungan dua hala yang sudah terjalin lama antara Malaysia dan China, disokong oleh hubungan perdagangan dan pelaburan kukuh.
Konvensyen selama tiga hari anjuran Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) itu berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan menarik lebih 4,000 peserta.
Berita berkaitan
July 9, 2026, 4:02 pm
OPR kekal 2.75 peratus, ekonomi semakin kukuh
July 8, 2026, 3:08 pm
Dr. Hanafi dilantik CEO baharu Estika Medispa, catat lonjakan jualan 100 peratus
May 7, 2026, 5:14 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus bagi tahun 2026
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
