Berita Ekonomi
Concorde Hotel KL bukan untuk dijual
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Pemilih dan pemegang saham Concorde Hotel Kuala Lumpur dakwaan bahawa aset itu akan dijual dengan harga RM700 juta adalah tidak benar sama sekali.
Malah, Pengerusi Ampang Hotel Sdn Bhd, Tan Sri Sallehuddin Mohamed, hotel itu kini mencatatkan prestasi yang baik.
"Concorde Hotel Kuala Lumpur terus berkembang maju, hasil usaha gigih pasukan kami yang berdedikasi dan juga kesetiaan pelanggan kami.
"Perniagaan kami mencatatkan prestasi yang sangat baik dan meraih hasil yang kukuh. Pemegang saham kami berpuas hati dengan kemajuan dan hala tuju yang kami ambil,” katanya dalam satu kenyataan.
Concorde Hotel Kuala Lumpur dimiliki sepenuhnya oleh Ampang Hotel.
Sallehuddin berkata, hotel berusia 33 tahun itu akan terus kekal beroperasi dan menumpu untuk menambah baik perkhidmatannya dan mengembangkan lagi tawaran bagi menyediakan khidmat terbaik kepada pelanggan.
Menurut laporan media yang memetik sumber tidak dinamakan baru-baru ini, hotel itu yang terletak di tanah pegangan kekal seluas 1.8 hektar di sepanjang Jalan Sultan Ismail, bakal dijual.
Laporan itu menyatakan hotel tersebut mungkin akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan bersepadu bernilai berbilion ringgit. - Media Telus
Berita berkaitan
September 2, 2026, 12:18 pm
Ringgit Ease pelihara pasaran kewangan Islam menerusi pelancaran platform finEZ
August 26, 2026, 2:33 pm
Proton sasar jualan 200,000 unit tahun ini, tertinggi dalam tempoh 15 tahun
August 3, 2026, 12:43 pm
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700 berkuat kuasa serta-merta
July 22, 2026, 3:03 pm
Berhenti tepuk tangan gembira bila bangsa usahawan jatuh — Azizan Osman
July 9, 2026, 4:02 pm
OPR kekal 2.75 peratus, ekonomi semakin kukuh
July 8, 2026, 3:08 pm
Dr. Hanafi dilantik CEO baharu Estika Medispa, catat lonjakan jualan 100 peratus
May 7, 2026, 5:14 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus bagi tahun 2026
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
