Berita Ekonomi
Pengambilalihan MAHB oleh konsortium GDA kini jadi tanpa syarat
KUALA LUMPUR 24 Jan. - Malaysia Airports (MAHB) mengesahkan bahawa tawaran pengambilalihan oleh konsortium Gateway Development Alliance (GDA), yang diterajui oleh sayap pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional, kini telah menjadi tanpa syarat.
Konsortium bidaan itu, yang turut merangkumi Global Infrastructure Partners yang dimiliki Blackrock dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA), kini menguasai 92.82 peratus kepentingan dalam pengendali lapangan terbang itu.
Pada Mei tahun lalu, Khazanah, selaku pemegang saham terbesar Malaysia Airports, bekerjasama dengan rakan bidaan untuk menawarkan pengambilalihan baki saham pada harga RM11 sesaham, memberikan nilai ekuiti sebanyak RM18.4 bilion (AS$4.21 bilion) kepada pengendali lapangan terbang itu.
Bagaimanapun, perjanjian ini sebelum ini tertangguh disebabkan oleh tentangan politik, selepas beberapa badan masyarakat sivil tempatan melancarkan bantahan terhadap bidaan berkenaan, di samping kempen boikot terhadap beberapa syarikat Amerika Syarikat berhubung konflik Gaza.
Malaysia Airports memaklumkan bahawa tawaran tersebut akan terus dibuka sehingga 4 Februari. - Berita Harian
Berita berkaitan
November 17, 2025, 11:45 am
Pendapatan pelaburan KWSP melonjak RM63.99 bilion dalam sembilan bulan
November 14, 2025, 5:03 pm
Ringgit stabil, catat peningkatan sejak awal tahun – BNM
November 6, 2025, 3:53 pm
BNM kekal OPR pada 2.75 peratus, dasar monetari disifatkan masih wajar
October 24, 2025, 8:05 pm
CEO Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed umum letak jawatan
October 23, 2025, 11:09 am
Kerajaan dapat jimat RM5 bilion setahun hasil penyasaran semula subsidi diesel – MoF
September 26, 2025, 6:39 pm
Saham Astro jatuh merudum ke paras terendah, keuntungan merosot hampir 70 peratus
September 23, 2025, 10:56 am
Harga RON95 turun, ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
September 18, 2025, 11:00 am
Proton e.MAS 7 kekal EV paling laris, raih jualan lebih 5,800 unit hingga Ogos
September 10, 2025, 10:40 am
