Berita Santai
Akmal ‘Old Money’ sumbang RM20,000 untuk tajaan berbuka puasa
KUALA LUMPUR 3 Mac - Personaliti media sosial, Akmal ‘Old Money’, menyalurkan sumbangan sebanyak RM20,000 bagi tajaan berbuka puasa di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.
Menerusi perkongsian di akaun Thread Azmir44, Akmal telah menempah 40 slot sumbangan, di mana setiap slot bernilai RM500.
“Jumlah keseluruhan sumbangan tersebut membolehkan lebih daripada 1,000 jemaah menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan oleh pihak masjid.
“Inisiatif murni ini bukan sahaja meringankan beban pihak masjid tetapi juga membolehkan golongan kurang berkemampuan menikmati juadah dalam suasana harmoni dan penuh keberkatan,” kata perkongsian itu.
Antara Individu Terawal Menaja Berbuka Puasa
Difahamkan, Akmal merupakan antara individu terawal yang mengambil peluang untuk menaja juadah berbuka puasa di masjid tersebut.
Sebelum ini, Akmal pernah tular di media sosial kerana penglibatannya dalam komuniti gaya hidup dan fesyen yang mencerminkan kekayaan turun-temurun atau ‘Old Money’.
Selain itu, penampilannya dalam sebuah rancangan pertandingan nyanyian pada Februari lalu turut mendapat perhatian ramai selepas tampil segak dengan sut putih dipadankan dengan kemeja hitam, menyerlahkan gaya maskulin dan eksklusifnya. - Media Telus
Berita berkaitan
July 16, 2026, 3:12 pm
Hari Ini 81 tahun lepas, letupan nuklear pertama dunia dijalankan di New Mexico
July 16, 2026, 3:07 pm
57 tahun lalu hari Ini - Apollo 11 Dilancarkan, langkah pertama manusia menuju Bulan
July 15, 2026, 9:53 pm
4 maskot Sukan SEA Malaysia dari dulu hingga kini, setiap satu ada cerita tersendiri
July 10, 2026, 4:08 pm
Tun Dr Mahathir Mohamad - Seabad lebih perjalanan tokoh politik negara
July 9, 2026, 8:09 pm
Lebih 4 dekad selepas dilancarkan, Proton Saga kekal simbol kebanggaan negara
March 17, 2026, 4:08 pm
Anwar antara lima pemimpin politik pernah membintangi iklan raya
December 30, 2025, 1:28 pm
Rose Blackpink dinobat wanita tercantik dunia
December 10, 2025, 4:28 pm
Coastal Combat 2026 gabungkan Muay Thai, program realiti di Desaru Coast
November 7, 2025, 7:54 pm
