Berita Berita
3 penjenayah warga asing terbabit kes samun, pecah rumah ditembak mati di Sepang

SEPANG 14 Mac - Tiga penjenayah warga asing yang berbahaya ditembak mati oleh polis di Desa Vista, Sepang, awal pagi tadi.
Ketiga-tiga lelaki berusia antara 35 hingga 40 tahun itu dipercayai terlibat dalam 17 kes samun dan pecah rumah di Selangor, Negeri Sembilan, dan Kuala Lumpur sejak awal tahun lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus, berkata suspek dikesan bersembunyi di hutan selepas cuba menyamun sebuah rumah di kawasan perumahan berhampiran.
Pemilik rumah menyedari kelibat suspek yang bersenjata parang dan bertopeng, lalu menghubungi polis.
Setelah melakukan risikan dan mendapat maklumat orang ramai, polis berjaya mengesan lokasi suspek.
Ketika cuba ditahan, suspek menyerang polis dengan parang, memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri. Ketiga-tiga suspek disahkan mati di lokasi kejadian.
Polis mengklasifikasikan suspek sebagai berbahaya kerana tidak segan mencederakan mangsa yang cuba melawan mereka, seperti dalam kes samun di Sungai Buloh.
Risikan mendapati kumpulan ini terdiri daripada lima orang, dan pihak berkuasa kini sedang mengesan saki-baki mereka.
Siasatan awal mendapati kumpulan ini terlibat dalam jenayah samun dan pecah rumah yang menyebabkan kerugian kira-kira RM1 juta.
Mayat mereka dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.
Berita berkaitan
May 14, 2025, 11:39 am
Sarjan tentera direman tujuh hari disyaki cabul pelajar MRSM
May 14, 2025, 11:06 am
'Jangan tahu bantah saja' - Aminuddin cadang NGO, pecinta haiwan jaga anjing liar
May 14, 2025, 10:49 am
Pemandu lori pasir tragedi FRU direman 4 hari, syarikat pemilik lori akan dipanggil
May 14, 2025, 10:01 am
Penggunaan pengangkutan awam di Malaysia masih rendah - Ahmad Zahid
May 14, 2025, 9:40 am
Baca buku secara berkumpulan di Dataran Merdeka pun tetap perlu mohon kelulusan - DBKL
May 14, 2025, 9:34 am
Pasangan nyaris maut rempuh gajah liar di Jalan Johor Bahru–Mersing
May 14, 2025, 9:20 am