Berita Berita
Rakyat tidak perlu runsing dengan rasionalisasi subsidi RON95 – PM

SHAH ALAM 28 Mac - Rakyat daripada golongan biasa tidak perlu bimbang mengenai pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 selepas separuh pertama tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, mekanisme terperinci telah dirangka dan unjuran menunjukkan sehingga 90 peratus rakyat tidak akan terkesan dengan penyasaran subsidi RON95.
“Mekanisme rasionalisasi subsidi RON95 telah dibuat dan saya tidak fikir rakyat biasa perlu runsing kerana 85 hingga 90 peratus tidak akan terkesan. Yang dikenakan hanyalah warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.
“Malah, kajian menunjukkan sehingga 90 peratus rakyat tidak terlibat. Jika seseorang berpendapatan RM50,000 sebulan, bayarlah sedikit,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Raja Tun Uda, Shah Alam, hari ini.
Semalam, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, memaklumkan bahawa kerajaan akan mengumumkan mekanisme lengkap pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 selepas separuh pertama tahun ini. Mekanisme itu akan menggunakan sistem pengenalan diri MyKad dan menetapkan dua peringkat harga.
Beliau menjelaskan bahawa kerajaan sedang memperhalusi pelaksanaan tersebut bagi memastikan ia dapat mengukuhkan kewangan negara tanpa tergesa-gesa dalam membuat pengumuman rasmi.
Dalam pembentangan Belanjawan 2025 sebelum ini, kerajaan menganggarkan sekitar RM12 bilion subsidi akan disalurkan kepada 85 peratus rakyat Malaysia apabila sistem baharu dilaksanakan pada pertengahan tahun ini.
Perdana Menteri turut mendedahkan bahawa pada masa ini, golongan berpendapatan tinggi dan warga asing menikmati 40 peratus daripada subsidi petrol RON95 yang dianggarkan bernilai RM8 bilion. - Media Telus
Berita berkaitan
July 20, 2025, 8:00 am
Tujuh ditahan positif dadah, 146 saman dikeluarkan dalam Op Perdagangan
July 20, 2025, 7:44 am
PN pernah tawar jawatan TPM kepada BN selepas PRU15 – Marzuki Mohamad
July 20, 2025, 7:33 am
JPJ Pahang nafi keluarkan permit perjalanan palsu guna nama pengarah negeri
July 19, 2025, 8:22 pm
'Saya tidak akan turun, saya tak curi duit rakyat' - Anwar
July 19, 2025, 5:14 pm
Jerebu rentas sempadan landa pantai barat Semenanjung – 79 titik panas dikesan di Sumatera
July 19, 2025, 5:09 pm
Lima Ketua Polis Negeri baharu diumum, berkuat kuasa 18 Julai
July 19, 2025, 5:06 pm
KKM siasat dakwaan gangsterisme kuasai bilik mayat hospital kerajaan di Sarawak
July 19, 2025, 4:37 pm
NGO nafi berlaku pesta gay di Kota Bharu, hanya program kesihatan, kesedaran
July 19, 2025, 12:54 pm