Berita Berita
Siasatan kes Ismail Sabri baru capai 20 Peratus – Azam Baki

PUTRAJAYA, 29 April – Siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru selesai sekitar 15 hingga 20 peratus, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Menurut Azam, pihaknya dijangka memanggil semula Ismail Sabri dalam tempoh dua minggu lagi berikutan beberapa dokumen tambahan yang perlu dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri itu.
“Kita akan memanggil beliau semula kerana ada beberapa dokumen yang diminta dan siasatan masih berjalan. Kali ini fokus kita berhubung pengisytiharan hartanya, jadi ia memerlukan masa untuk disahkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antirasuah Asia Tenggara 2025: Recalling Jakarta Statement di sini, hari ini.
Beliau menegaskan bahawa mereka yang menerima notis pengisytiharan harta wajib mengemukakan penjelasan berkenaan sumber aset masing-masing bagi memastikan tiada percanggahan atau pelanggaran undang-undang.
Azam menambah, sekiranya terdapat sebarang ketidakbenaran atau ketidakcukupan dalam pengisytiharan, ia boleh mengundang tindakan undang-undang.
Siasatan terhadap Ismail Sabri berkaitan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram ini melibatkan dana promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia sepanjang tempoh pentadbirannya dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Kes berkenaan disiasat di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. - Media Telus
Berita berkaitan
August 10, 2025, 12:34 pm
JPJ 'perhati' selebriti, influencer miliki kenderaan mewah liat perbaharui cukai jalan
August 10, 2025, 12:06 pm
Elak dakwaan negatif, proses bedah siasat Zara Qairina dibantu pakar patologi forensik dari Semenanjung
August 10, 2025, 10:22 am
Jasad Zara Qairina dalam keadaan baik walau sudah dikebumi 17 Julai lalu - Imam masjid
August 9, 2025, 11:28 pm
Bayi 11 bulan dirampas dari ibu, nyaris jadi tebusan lelaki Vietnam dalam pasar raya di Butterworth
August 9, 2025, 7:11 pm
Hanya satu institusi laksana saringan pendidikan khas pra-sekolah - Fadlina
August 9, 2025, 5:59 pm
'Umur 19 tahun pun dah ada yang kena serangan jantung' - NCD di Malaysia semakin membimbangkan
August 9, 2025, 5:42 pm
Kos kenaikan gaji penjawat awam dijangka cecah RM18 bilion tahun depan - Anwar
August 9, 2025, 3:25 pm