Berita Hiburan
'Dua tahun kami diberi janji palsu' - Syarikat pengilang tudung dakwa Fazura tak bayar hutang RM4.65 juta

KUALA LUMPUR 5 Mei – Obor Holding Sdn. Bhd., syarikat pengilang tudung yang memiliki jenama Feline Malaysia, mendakwa syarikat milik pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura Sharifuddin, masih berhutang hampir RM4.65 juta.
Pengasas dan Pengarah Urusan Obor Holding, Lim Boon Hai, 42, berkata pihaknya terpaksa mengambil tindakan undang-undang selepas pelbagai usaha untuk menuntut bayaran daripada syarikat Fazura gagal membuahkan hasil.
“Kami telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bulan lalu selepas notis yang dihantar kepada syarikat Fazura tidak mendapat sebarang respons,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.
Menurut Lim, syarikat Fazura, iaitu FazFit dan Pink Fate Sdn. Bhd., sebelum ini diberikan bekalan tudung bernilai RM7.3 juta sejak Jun 2022, namun hanya RM2.68 juta telah dilunaskan, meninggalkan baki tunggakan sebanyak RM4.65 juta.
“Sejak penghujung 2023, kami mula menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bayaran. Kami cuba hubungi mereka melalui pelbagai saluran, tetapi tiada kerjasama. Malah, kami hanya diberi janji-janji palsu sejak dua tahun lalu,” katanya.
Lim, yang juga dikenali sebagai Sam, turut mendedahkan pihaknya menerima cek tendang berjumlah RM1 juta daripada syarikat milik selebriti itu, menambahkan tekanan terhadap status kewangan Obor Holding dan Feline.
“Saya tidak menyangka akan dilayan sebegini oleh individu yang dihormati ramai. Kami tidak mahu orang lain turut menjadi mangsa. Jika tidak benar, saya tidak akan ke hadapan untuk bersuara,” katanya lagi.
Beliau menegaskan bahawa pihaknya masih terbuka untuk menyelesaikan perkara ini di luar mahkamah, namun setakat ini tiada sebarang usaha daripada pihak Fazura untuk berunding atau memberi maklum balas.
Terdahulu, laporan media menyebut Obor Holding mendakwa Pink Fate – syarikat yang sinonim dengan nama Fazura sebagai pengasas bersama – hanya membayar sebahagian daripada jumlah keseluruhan tudung yang dibekalkan sejak 2022.
Kes ini kini dalam proses perundangan dan masih menunggu perbicaraan seterusnya.
Berita berkaitan
May 13, 2025, 7:03 pm
Hafidz Roshdi lepas, bebas sepenuhnya kes cederakan bekas isteri
May 13, 2025, 1:33 pm
Filem Gantung: Musketeer Code angkat kisah persahabatan, duka remaja ke layar perak
May 5, 2025, 7:23 pm
Konsert holografik Glenn Fredly bakal gegar Zepp Kuala Lumpur 18 Julai depan
May 5, 2025, 11:24 am
Perkahwinan 20 tahun berakhir, Edika Yusof, isteri sah bercerai talak satu
May 2, 2025, 12:16 pm
Eyka Farhana, Akhyar Rashid sah bergelar suami isteri
May 1, 2025, 10:23 am
Saiful Apek nafi ditahan polis, cuma ada selisih faham
April 7, 2025, 10:17 am