TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Saksi warga emas maut dirempuh MPV ketika berbasikal ke pasar di Sekinchan diminta tampil bantu siasatan

By
|
Kongsi
image

 

SEKINCHAN 22 Ogos – Seorang wanita warga emas maut selepas basikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 72 Jalan Teluk Intan-Klang, berhampiran Sekinchan, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.05 pagi ketika mangsa berusia 71 tahun dalam perjalanan menuju ke pasar Sekinchan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa menyeberang dari kiri ke kanan jalan secara tiba-tiba sebelum bertembung dengan sebuah MPV dipandu lelaki berusia 32 tahun.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi pada malam tadi.

Beliau berkata, MPV terbabit datang dari arah Tanjong Karang menuju ke pasar Sekinchan ketika insiden berlaku.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis turut meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 011-6645812.

+ - reset