Berita Berita
21 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah milik Sultan Pahang di Rompin
KUANTAN 10 Feb - Polis menahan seramai 21 Orang Asli, termasuk 17 wanita, selepas disyaki menceroboh tanah milik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Rompin, semalam.
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, semua individu yang ditahan berusia antara 26 hingga 60 tahun.
Menurutnya, tangkapan dibuat susulan laporan diterima Balai Polis Kuala Rompin pada hari sama berhubung kejadian pencerobohan di kawasan berkenaan.
"Pengadu adalah wakil syarikat yang dilantik mengusahakan tanah milik baginda.
"Berdasarkan laporan diterima, sekumpulan Orang Asli didakwa menceroboh, merosakkan palang besi serta memotong buah kelapa sawit dalam kawasan ladang milik baginda seluas 718.281 hektar, tanpa kebenaran.
"Justeru bagi membantu siasatan, empat lelaki dan 17 wanita Orang Asli ditahan dalam kawasan ladang milik baginda itu kerana disyaki menceroboh tanah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
"Polis tidak akan berkompromi dengan aktiviti pencerobohan tanah. Mana-mana pihak perlu mempunyai geran pemilikan yang sah untuk mengusahakan tanah.
"Pihak polis menasihati masyarakat supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di negara ini," katanya.
Berita berkaitan
February 10, 2026, 9:41 pm
Persidangan CLEA 2026 himpunkan pakar undang-undang antarabangsa di Kuala Lumpur, April ini
February 10, 2026, 9:33 pm
Kes tibi meningkat hampir 10 peratus, 2,571 kes dilaporkan awal 2026
February 10, 2026, 8:58 pm
Anwar puji peranan KSI sebagai pemikir strategik Asia Pasifik
February 10, 2026, 4:27 pm
Kerajaan, Azam Baki digesa jawab segera dakwaan pemilikan saham – Puad Zarkashi
February 10, 2026, 4:20 pm
Dua budak bawah tiga tahun dilaporkan hilang ditemui di 'rooftop' apartmen Saville Kajang
February 10, 2026, 3:49 pm
“Tiada apa hendak disembunyikan” – Azam Baki pertahan pemilikan saham RM800,000
February 10, 2026, 3:36 pm
Selangor tegas ambil tindakan rumah ibadat tidak sah, tetap jaga keharmonian kaum dan agama - Amirudin
February 10, 2026, 3:17 pm
“Pintu tak pernah berkunci” – UMNO sedia terima semula sesiapa sahaja, termasuk dari Bersatu
February 10, 2026, 2:50 pm
Penduduk Taman Dato Harun bantah bina kuil di kawasan majoriti Melayu Islam
February 10, 2026, 2:17 pm
