Berita Berita
Kes rasuah RM3 juta: Mahkamah kekalkan hukuman penjara 6 tahun Isa Samad, denda RM15.45 juta
PUTRAJAYA 10 Feb - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad kekal menjalani hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta selepas didapati bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, kira-kira 12 tahun lalu.
Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Nordin Hassan selepas sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini membebaskan Mohd Isa, 77, daripada semua pertuduhan.
Pada 6 Mac 2024, Mahkamah Rayuan telah mengetepikan sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.
Sebelum itu, Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2021 mensabitkan Mohd Isa atas sembilan pertuduhan rasuah melibatkan RM3.09 juta dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta. Mahkamah turut memerintahkan tambahan 18 tahun penjara sekiranya beliau gagal membayar denda berkenaan.
Mohd Isa yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan kemudiannya dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan, sekali gus mendorong pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan. Panel hakim telah mendengar rayuan tersebut pada Khamis lalu sebelum menetapkan hari ini bagi keputusan.
Dalam pertuduhan, Mohd Isa didakwa menerima RM3.09 juta dalam bentuk suapan melalui bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip, daripada bekas Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel.
Suapan itu didakwa sebagai ganjaran bagi memudahkan kelulusan FELDA Investment Corporation Sdn Bhd untuk pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching pada harga RM160 juta.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara FELDA, Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.
Berita berkaitan
February 10, 2026, 9:41 pm
Persidangan CLEA 2026 himpunkan pakar undang-undang antarabangsa di Kuala Lumpur, April ini
February 10, 2026, 9:33 pm
Kes tibi meningkat hampir 10 peratus, 2,571 kes dilaporkan awal 2026
February 10, 2026, 8:58 pm
Anwar puji peranan KSI sebagai pemikir strategik Asia Pasifik
February 10, 2026, 4:27 pm
Kerajaan, Azam Baki digesa jawab segera dakwaan pemilikan saham – Puad Zarkashi
February 10, 2026, 4:20 pm
Dua budak bawah tiga tahun dilaporkan hilang ditemui di 'rooftop' apartmen Saville Kajang
February 10, 2026, 3:49 pm
“Tiada apa hendak disembunyikan” – Azam Baki pertahan pemilikan saham RM800,000
February 10, 2026, 3:36 pm
Selangor tegas ambil tindakan rumah ibadat tidak sah, tetap jaga keharmonian kaum dan agama - Amirudin
February 10, 2026, 3:17 pm
“Pintu tak pernah berkunci” – UMNO sedia terima semula sesiapa sahaja, termasuk dari Bersatu
February 10, 2026, 2:50 pm
Penduduk Taman Dato Harun bantah bina kuil di kawasan majoriti Melayu Islam
February 10, 2026, 2:17 pm
