Berita Berita
“Tiada apa hendak disembunyikan” – Azam Baki pertahan pemilikan saham RM800,000
PUTRAJAYA 10 Feb – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, menegaskan pemilikan saham bernilai kira-kira RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat mengikut prosedur yang sah dan tidak melanggar mana-mana undang-undang.
Bercakap kepada New Straits Times, Azam menolak dakwaan wujud unsur penyelewengan sambil menegaskan beliau tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan.
“Saya telah membuat pengisytiharan berhubung perkara ini termasuk sumber pendapatan saya melalui Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Semuanya telus,” katanya.
Menurut beliau, saham berkenaan dibeli pada tahun lalu dan telah dilupuskan dalam tahun yang sama, sekali gus menafikan sebarang konflik kepentingan berpanjangan.
Azam turut menyifatkan laporan media yang mengaitkan beliau dengan pemilikan saham tersebut sebagai mengelirukan dan berniat jahat, malah tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang atas alasan fitnah.
Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan Azam disenaraikan sebagai pemegang 17.7 juta saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Laporan itu turut memetik pendedahan Bloomberg yang menyatakan pegangan saham berkenaan dinyatakan dalam penyata tahunan Velocity Capital Bhd yang difailkan pada 3 Februari tahun lalu.
Berdasarkan harga penutupan saham syarikat itu pada dagangan Isnin, nilai pegangan tersebut dianggarkan sekitar RM800,000.
Semakan lanjut mendapati syarikat berkenaan disenaraikan di Bursa Malaysia dan sebelum ini terlibat dalam sektor pengangkutan, logistik serta pembuatan seramik, sebelum beralih ke sektor perkhidmatan kewangan, termasuk aktiviti pemberian pinjaman wang.
Isu ini dijangka terus menjadi perhatian susulan kedudukan Azam sebagai individu nombor satu dalam agensi antirasuah negara, dengan tekanan awam terhadap tahap ketelusan dan integriti penjawat tinggi kerajaan kekal tinggi.
Berita berkaitan
February 10, 2026, 9:41 pm
Persidangan CLEA 2026 himpunkan pakar undang-undang antarabangsa di Kuala Lumpur, April ini
February 10, 2026, 9:33 pm
Kes tibi meningkat hampir 10 peratus, 2,571 kes dilaporkan awal 2026
February 10, 2026, 8:58 pm
Anwar puji peranan KSI sebagai pemikir strategik Asia Pasifik
February 10, 2026, 4:27 pm
Kerajaan, Azam Baki digesa jawab segera dakwaan pemilikan saham – Puad Zarkashi
February 10, 2026, 4:20 pm
Dua budak bawah tiga tahun dilaporkan hilang ditemui di 'rooftop' apartmen Saville Kajang
February 10, 2026, 3:36 pm
Selangor tegas ambil tindakan rumah ibadat tidak sah, tetap jaga keharmonian kaum dan agama - Amirudin
February 10, 2026, 3:17 pm
“Pintu tak pernah berkunci” – UMNO sedia terima semula sesiapa sahaja, termasuk dari Bersatu
February 10, 2026, 2:50 pm
Penduduk Taman Dato Harun bantah bina kuil di kawasan majoriti Melayu Islam
February 10, 2026, 2:17 pm
