Berita Berita
Dua budak bawah tiga tahun dilaporkan hilang ditemui di 'rooftop' apartmen Saville Kajang
KAJANG 10 Feb - Kehilangan dua kanak-kanak perempuan bukan warganegara di sebuah apartmen di Jalan Reko di sini berakhir dengan kelegaan apabila mereka ditemui selamat pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan dua kanak-kanak berusia bawah tiga tahun itu pada jam 1.46 pagi tadi.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.30 malam di Apartment Saville Kajang.
"Tindakan mencari dan mengesan dijalankan dengan serta-merta termasuk memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan itu.
"Kanak-kanak itu ditemui jam 10 pagi tadi dalam keadaan selamat di tangga yang menghala ke bumbung (rooftop) Apartment Saville Kajang oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
"Kedua-dua kanak-kanak itu didapati berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal namun akan dihantar ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur pengabaian dalam kejadian berkenaan.
"Pihak polis menasihatkan orang awam, khususnya ibu bapa dan penjaga, sentiasa memantau pergerakan kanak-kanak dalam jagaan masing-masing dan tidak membiarkan mereka bersendirian, serta segera menghubungi pihak polis atau talian kecemasan MERS 999 untuk bantuan segera," katanya.
Berita berkaitan
February 10, 2026, 9:41 pm
Persidangan CLEA 2026 himpunkan pakar undang-undang antarabangsa di Kuala Lumpur, April ini
February 10, 2026, 9:33 pm
Kes tibi meningkat hampir 10 peratus, 2,571 kes dilaporkan awal 2026
February 10, 2026, 8:58 pm
Anwar puji peranan KSI sebagai pemikir strategik Asia Pasifik
February 10, 2026, 4:27 pm
Kerajaan, Azam Baki digesa jawab segera dakwaan pemilikan saham – Puad Zarkashi
February 10, 2026, 3:49 pm
“Tiada apa hendak disembunyikan” – Azam Baki pertahan pemilikan saham RM800,000
February 10, 2026, 3:36 pm
Selangor tegas ambil tindakan rumah ibadat tidak sah, tetap jaga keharmonian kaum dan agama - Amirudin
February 10, 2026, 3:17 pm
“Pintu tak pernah berkunci” – UMNO sedia terima semula sesiapa sahaja, termasuk dari Bersatu
February 10, 2026, 2:50 pm
Penduduk Taman Dato Harun bantah bina kuil di kawasan majoriti Melayu Islam
February 10, 2026, 2:17 pm
