Berita Berita
'Pemulihan kesan konflik Asia Barat mungkin ambil masa panjang' - Anwar
KUALA LUMPUR 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan fasa pemulihan ekonomi susulan tempias konflik di Asia Barat akan mengambil masa yang panjang.
Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan perkongsian pandangan daripada beberapa pemimpin negara termasuk Arab Saudi, Turkiye, Mesir, Indonesia serta Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.
Sehubungan itu, katanya, rantaian bekalan global terutama sektor tenaga turut dijangka terjejas sekiranya ketegangan di rantau berkenaan berterusan.
"Cuma kita harus bersyukur kerana memasuki fasa ini dalam keadaan ekonomi yang relatif lebih stabil dan kita dapat bertahan.
"RON95 umpamanya dengan (harga bersubsidi) RM1.99 mengejutkan kerana kalau lihat kos dan harga minyak dengan orang terpaksa beratur, ada catuan di negara rantau tentunya merimaskan," katanya dalam taklimat ringkas malam ini.
Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Februari lalu susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran, yang kemudiannya disusuli serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.
Dalam pada itu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menegaskan semua pihak tidak boleh memandang ringan kesan konflik berkenaan yang kini memberi tempias ke seluruh dunia termasuk Malaysia.
Beliau berkata, masyarakat pelbagai lapisan perlu menerima hakikat bahawa keadaan semasa tidak lagi seperti biasa dan memerlukan pendekatan baharu.
"Justeru, katanya, negara perlu bertindak sesuai dengan tuntutan masa dan mengikut rancangan, jika keadaan semakin mencemaskan.
"Kita sudah menyuarakan kebimbangan kerana konflik Asia Barat berikutan serangan Israel dan AS ke atas Iran telah menjalar ke negara serantau.
"Kini kesannya (dan) tempiasannya sudah melanda ke seluruh dunia, termasuk negara kita tercinta, Malaysia.
"Bila keadaan ini melegakan sedikit, tidak bermakna kita boleh selesa, penyakit mana-mana masyarakat, keluarga atau negara, kalau kita agak terlalu selesa dan ambil pandang ringan sahaja, enteng ini akan mungkin mengundang masalah lebih berat," katanya.
Berita berkaitan
April 1, 2026, 11:37 pm
Anggota tentera koma, enam cedera dipercayai dipukul dalam kem di Bentong
April 1, 2026, 11:10 pm
Anthony Loke ziarah keluarga mangsa rempuh pemandu mabuk di Klang
April 1, 2026, 9:04 pm
Sektor awam mula kerja dari rumah bermula 15 April ini – PM
April 1, 2026, 7:07 pm
Hukuman gantung atau penjara 40 tahun menanti pemandu mabuk sebabkan kematian
April 1, 2026, 7:00 pm
Misteri enam sekeluarga hilang dari rumah di Bentong, polis minta bantuan orang ramai
April 1, 2026, 6:55 pm
Hasil siasatan saham Azam Baki, dakwaan 'mafia korporat' tunggu masa didedahkan
April 1, 2026, 6:45 pm
Harga diesel Semenanjung naik 50 sen, RON97 turun 20 sen mulai esok
April 1, 2026, 5:58 pm
