TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis siasat hantaran fitnah terhadap artis lelaki terkenal

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 29 Julai – Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung satu hantaran fitnah dan berunsur provokatif terhadap seorang pelakon dan penyanyi lelaki terkenal, sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, setakat ini keterangan empat saksi termasuk artis berkenaan telah diambil.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Kita juga menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengenal pasti pemilik akaun media sosial ‘threads’ yang memuat naik hantaran tersebut,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Sebelum ini, artis terbabit membuat laporan polis pada 18 Julai lalu, kira-kira jam 4.12 petang, selepas mendakwa tidak berpuas hati dengan kandungan sebuah hantaran dalam aplikasi ‘threads’ yang mengandungi unsur fitnah, provokasi dan hasutan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Media Telus

+ - reset