Berita Berita
Dakwaan sebar hadis palsu, RTM 'rehatkan' Ustaz Don dari program Salam Baitullah
KUALA LUMPUR 5 Jun – Radio Television Malaysia (RTM) hari ini memaklumkan pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal ‘direhatkan’ daripada program televisyen Salam Baitullah bagi meredakan beberapa kontroversi yang melanda dirinya.
Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman dalam satu kenyataan berkata, Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal bin Don Biyajid, 40, ‘direhatkan’ untuk meredakan keadaan yang tegang di platform media sosial.
“Untuk meredakan keadaan, saya sudah arahkan ‘team’ Salam Baitullah untuk ‘rehatkan’ dulu Ustaz Don. Jangan tanya apa saya rasa dan fikir,” tulisnya dalam ciapan hari ini.
Di awal ciapannya, Suhaimi turut menjelaskan bahawa tugas Ustaz Don dalam rancangan tersebut adalah sebagai juruacara dan bukannya penganalisis atau penceramah.
“Beliau juga dinasihatkan agar tidak mengundang kontroversi. Beliau akur. Pimpinan tertinggi barisan pengarang juga ada di lokasi menentukan semua juruacara mengikut skrip. Kita doakan yang baik-baik,” katanya.
Dalam pada itu, Suhaimi turut berpesan kepada orang ramai agar mengadakan perbincangan secara terbuka dan sopan.
Katanya, kebanyakan pengguna media sosial kurang menghormati pandangan orang lain sama ada perkara itu betul atau pun tidak.
“Kebijaksanaan dan intelektual dalam kalangan orang kita mungkin masih jauh. Yang penting nampak tegas dan belasah. Begitulah,” tulisnya.
Terdahulu, kecoh di Facebook apabila seorang pensyarah kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Malaysia membuat teguran terbuka kepada seorang pendakwah dipercayai Ustaz Don.
Kata pensyarah tersebut, orang ramai perlu berhati-hati dengan dakwah yang diberikan oleh ustaz selebriti itu kerana didakwa menyebarkan cerita serta hadith palsu.
Lebih hangat lagi, pendapat tersebut turut dikongsi semula oleh seorang pempengaruh dikenali sebagai @ZacZakirin13 yang turut mendakwa Ustaz Don sering berkongsi kisah-kisah palsu bersandarkan Nabi Muhammad SAW.
Semalam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengeluarkan status hadis riwayat cinta pertama Rasulullah SAW berkaitan kisah Ummu Hani’ dimana penceritaan Ustaz Don dianggap lemah dan hadis digunakan adalah tidak bersumber.
Ustaz Don sebelum ini juga ada mengeluarkan kenyataan tentang dakwaan dirinya menggunakan hadis palsu dalam satu podcast sebuah radio tempatan.
Katanya, dia tidak mempunyai niat langsung untuk menyeleweng umat Islam bahkan semua buku-buku yang dirujuk adalah sahih menurut ulama’ nya. – Media Telus
#RTM #SALAMBAITULLAH #USTAZDON
Berita berkaitan
April 1, 2026, 7:07 pm
Hukuman gantung atau penjara 40 tahun menanti pemandu mabuk sebabkan kematian
April 1, 2026, 7:00 pm
Misteri enam sekeluarga hilang dari rumah di Bentong, polis minta bantuan orang ramai
April 1, 2026, 6:55 pm
Hasil siasatan saham Azam Baki, dakwaan 'mafia korporat' tunggu masa didedahkan
April 1, 2026, 6:45 pm
Harga diesel Semenanjung naik 50 sen, RON97 turun 20 sen mulai esok
April 1, 2026, 5:58 pm
Pahang mula laksana WFH dua hari seminggu bantu rakyat tangani kos sara hidup
April 1, 2026, 4:27 pm
Kerajaan tubuh Pusat Arahan Komunikasi tangani krisis tenaga global
April 1, 2026, 4:06 pm
Anwar puji komitmen 80 tahun JPJ, gesa perkukuh penguatkuasaan demi keselamatan negara
April 1, 2026, 3:58 pm
Amaran ribut petir, hujan lebat di hampir seluruh Semenanjung hingga 5 petang
April 1, 2026, 3:46 pm
