TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Amaran ribut petir, hujan lebat di hampir seluruh Semenanjung hingga 5 petang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 1 April – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan ribut petir dan hujan lebat di hampir keseluruhan negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga jam 5 petang ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, cuaca ekstrem tersebut diramal melanda seluruh negeri Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Kawasan Terjejas di Semenanjung:

  • Kedah: Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

  • Perak: Melibatkan hampir semua daerah termasuk Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

  • Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

  • Johor: Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Kawasan Terjejas di Sabah & Sarawak:

  • Sarawak: Sri Aman, Kapit (Song) dan Limbang.

  • Sabah: Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Papar, Tawau dan Kinabatangan (Sandakan).

  • Labuan: Seluruh wilayah diramal mengalami cuaca buruk.

MetMalaysia memaklumkan bahawa amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan melebihi satu jam.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada memandangkan amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah bagi tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran untuk keselamatan semua pihak.

+ - reset