Berita Berita
Kerajaan tubuh Pusat Arahan Komunikasi tangani krisis tenaga global
KUALA LUMPUR 1 April – Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah pusat arahan khas bagi menyelaras penyampaian maklumat rasmi berkaitan respons terhadap krisis tenaga global serta perkembangan geopolitik semasa.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan pusat berkenaan akan beroperasi di bawah kerangka Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Menurut beliau, pusat arahan tersebut akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof.
"Pada peringkat awal kemungkinan taklimat diadakan setiap hari bermula jam 4 petang.
"Ia bertujuan menyelaras aspek komunikasi kerajaan, terutama berkaitan respons dan langkah yang diambil oleh kerajaan serta agensi berkaitan susulan krisis tenaga global dan situasi konflik di rantau ini," katanya pada sidang media mingguan di Angkasapuri, di sini hari ini.
Tambah beliau, bagi peringkat permulaan, sidang media akan diadakan setiap hari bermula esok sebagai usaha memastikan maklumat yang tepat dan terkini dapat disalurkan kepada rakyat secara konsisten.
Berita berkaitan
April 1, 2026, 5:58 pm
Pahang mula laksana WFH dua hari seminggu bantu rakyat tangani kos sara hidup
April 1, 2026, 4:06 pm
Anwar puji komitmen 80 tahun JPJ, gesa perkukuh penguatkuasaan demi keselamatan negara
April 1, 2026, 3:58 pm
Amaran ribut petir, hujan lebat di hampir seluruh Semenanjung hingga 5 petang
April 1, 2026, 3:46 pm
Bukti 'peluang kedua' bermakna, 22 klien AADK lulus SPM 2025
April 1, 2026, 3:13 pm
Juruteknik dijel lima tahun tayang 'anu' kepada pelajar sekolah
April 1, 2026, 2:45 pm
Hampir 50,000 pili bomba sebenarnya rosak, JBPM bimbang jejas operasi kecemasan
April 1, 2026, 2:15 pm
Keluarga mangsa pemandu mabuk bakal tuntut pampasan RM1 juta
April 1, 2026, 1:36 pm
